Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Panduan Lengkap Menuntut Ilmu / Terjemahan Kitab Al-Ilmu oleh Syaikh Ibn Utsaimin

Panduan Lengkap Menuntut Ilmu / Terjemahan Kitab Al-Ilmu oleh Syaikh Ibn Utsaimin
Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir
Product Code: Pustaka Ibnu Katsir
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 3

ISBN: 9793956623
Availability: In Stock
Price: RM48.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Panduan Lengkap Menuntut Ilmu | Judul Asal ('Arab): Kitab Al-'Ilm | Penulis: Syaikh Muhammad bin Soleh al-'Utsaimin | Penerbit: Pustaka Ibnu Katsir | Berat: 800g | Muka Surat: 364m/s.


Menuntut ilmu agama merupakan kewajiban bagi setiap muslim. Tanpa ilmu, tidak mungkin seseorang akan dapat melaksanakan kewajiban agamanya. Beraqidah dengan aqidah yang benar, solat, serta puasa tidak akan dapat dilaksanakan bertepatan dengan kehendak Allah ‘Azza wa Jalla sekiranya seseorang itu tidak dia mempelajari tata-caranya. Seorang yang telah mampu untuk melaksanakan ibadah haji wajib mempelajari manasik haji sebelum berangkat melaksanakannya supaya hajinya sah dan diterima. Seorang yang berharta/kaya (berkemampuan) wajib mengetahui atau mempelajari hukum-hakam zakat supaya dia tidak melakukan kesalahan di dalam mengeluarkan zakat harta atau pun perniagaannya.

Mempelajari setiap cabang-cabang ilmu agama secara terperinci lagi sempurna, sehingga melebihi keperluan peribadi seseorang memang bukanlah menjadi beban kewajiban setiap orang. Namun demikian, orang yang tetap melakukannya dengan niat ibadah mendekatkan diri kepada Allah (dengan dalam masa sama sedikitnya orang yang berusaha melakukannya) sudah tentu dia mendapat keistimewaan dan kelebihan yang luar biasa di sisi Allah ‘Azza wa jalla.

Pelbagai pujian dan janji balasan istimewa di dunia dan akhirat akan Allah berikan kepada mereka yang berilmu (para ulama) dan para penuntut ilmu. Ini adalah disebabkan kerelaan mereka meluangkan waktu demi kepentingan agama dan umat Islam di ketika orang lain sibuk dengan urusan duniawi dan peribadi masing-masing. Dengan melalui perjuangan keras merekalah, agama ini terjaga dari pelbagai bentuk penyimpangan dan ancaman golongan perosak. Mereka ibarat cahaya yang terang di tengah gelap-gelitanya malam, atau ibarat hembusan angin di tengah padang yang tandus dan panas.

Dengan sebab itulah, menuntut ilmu merupakan sebahagian dari bentuk-bentuk jihad (berjuang di jalan Allah). Ilmu yang benar dan manpan akan membuahkan iman dan kekuatan jiwa. Dan orang yang sentiasa berada di atas jalan ilmu disebut pula sebagai pewaris para nabi. Mereka belajar, menguasai dan mampu menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, dan mereka berhak menyampaikan serta menyebarluaskannya dengan kefahaman yang benar. Mereka juga akan mampu mempertahankan agama dari pelbagai ancaman dan serangan ideologi yang menyeleweng.

Seseorang yang mahukan kejayaan di dalam menuntut ilmu agama sudah tentu tidak akan mampu melakukannya dengan mudah, namun dia perlu mengikuti petunjuk dan bimbingan yang dianjurkan oleh para ulama yang telah lebih dulu melakukan dan melalui jalan-jalan ilmu tersebut. Sekiranya anda telah mengambil keputusan untuk menuntut ilmu agama, maka pastikanlah diri anda tekun untuk terus membaca dan menela'ah buku-buku yang sarat dengan petunjuk dan bimbingan yang berharga yang di antaranya adalah yang disusun oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin rahimahullah ini, seorang ulama faqih di abad ke 21 (wafat: 1421H).

Buku ini di antara kandungannya; memuatkan defini ilmu serta keutamaannya, adab-adab di dalam menuntut ilmu, faktor dan sebab-sebab yang memberi kesan yang baik dalam meraih ilmu, kaedah menuntut ilmu dan bentuk-bentuk kesalahan yang perlu dihindari, bagaimana bermu'amalah dengan kitab-kitab (Al-Qur'an, kitab-kitab hadis, dan kitab-kitab para ulama), prioriti kitab yang perlu dibaca, contoh kitab-kitab terbaik yang perlu diutamakan, fatwa-fatwa dalam perkara ilmu, akhlak para penuntut ilmu, sikap terhadap perselisihan para ulama, memahami kenapa ulama berselisih, nasihat-nasihat indah buat penuntut ilmu, bahaya berbicara tanpa fakta dan ilmu, sikap menyelewengkan nama ulama, masalah taksub dan berpuak-puak, keutamaan mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya, serta banyak lagi panduan-panduan yang lain yang sangat penting dan bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net