Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Panduan Lengkap Menuntut Ilmu

Panduan Lengkap Menuntut Ilmu
Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir
Product Code: Pustaka Ibnu Katsir
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM48.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Panduan Lengkap Menuntut Ilmu | Judul Asal ('Arab): Kitab Al-'Ilm | Penulis: Syaikh Muhammad bin Soleh al-'Utsaimin | Penerbit: Pustaka Ibnu Katsir | Berat: 800g | Muka Surat: 364m/s.


Menuntut ilmu agama merupakan kewajiban bagi setiap muslim. Tanpa ilmu, tidak mungkin seseorang akan dapat melaksanakan kewajiban agamanya. Beraqidah dengan aqidah yang benar, solat, serta puasa tidak akan dapat dilaksanakan bertepatan dengan kehendak Allah ‘Azza wa Jalla sekiranya sseorang itu tidak dia mempelajari tata-caranya. Seorang yang telah mampu untuk melaksanakan ibadah haji wajib mempelajari manasik haji sebelum melakukannya supaya hajinya diterima. Seorang yang berharta/kaya wajib mengetahui atau mempelajari hukum-hakam zakat supaya dia tidak melakukan kesalahan di dalam mengeluarkan zakat harta atau pun perniagaannya.
 
Mempelajari ilmu agama secara sempurna, yang melebihi keperluan peribadi seseorang di atas memang bukan kewajiban setiap muslim. Namun demikian, orang yang melakukannya mendapat keistimewaan yang luar biasa di sisi Allah ‘Azza wa jalla. Pelbagai pujian dan janji balasan istimewa di dunia dan akhirat akan Allah berikan kepada mereka yang berilmu (para ulama) dan para penuntut ilmu. Ini adalah disebabkan kerelaan mereka meluangkan waktu demi kepentingan agama dan umat Islam di ketika orang lain sibuk dengan urusan duniawi dan peribadi masing-masing. Dengan melalui perjuangan keras merekalah, agama ini terjaga dari pelbagai bentuk penyimpangan. Mereka ibarat pelita yang terang di tengah gelap-gelita dan angin di tengah padang tandus.
 
Dengan sebab itulah, menuntut ilmu merupakan sebahagian dari bentuk-bentuk jihad (berjuang di jalan Allah). Dan orang yang melakukannya disebut sebagai di sebut sebagai pewaris para nabi.
 
Seseorang yang mahukan kejayaan di dalam menuntut ilmu agama tidak akan mampu melakukannya dengan mudah, namun dia perlu mengikuti petunjuk dan bimbingan yang dianjurkan oleh para ulama. Sekiranya anda telah mengambil keputusan untuk menuntut ilmu agama, maka pastikanlah diri anda tekun untuk terus membaca dan menela'ah buku-buku yang sarat dengan petunjuk dan bimbingan yang berharga yang di antaranya adalah buku ini yang disusun oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin supaya dengan panduan yang diberi akan dapat memperkukuhkan lagi usaha kita di dalam meraih kejayaan dan redha ilahi. Buku ini di antara kandungannya, ia memuatkan defini ilmu serta keutamaannya, adab-adab di dalam menuntut ilmu, faktur-faktur yang memberi kesan yang baik dalam meraih ilmu, kaedah menuntut ilmu dan bentuk-bentuk kesalahan yang perlu dihindari, bagaimana bermu'amalah dengan kitab, prioriti kitab yang perlu dibaca, contoh kitab-kitab terbaik yang perlu diutamakan, Fatwa-fatwa dalam persoalan ilmu, akhlak para penuntut ilmu, sikap terhadap perselisihan para ulama, kenapa ulama berselisih, nasihat buat penuntut ilmu, bahaya berbicara tanpa fakta dan ilmu, sikap menyelewengkan nama ulama, persoalan berpuak-puak, keutamaan mempelajari al-Qur'an dan mengajarkannya, serta beberapa panduan yang lain.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net