Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Akidah Salaf VS Ilmu Kalam, Akar Konflik Penyimpangan Akidah di Dunia Islam / Susunan Abdul Aziz Ath-Thorifi

Akidah Salaf VS Ilmu Kalam, Akar Konflik Penyimpangan Akidah di Dunia Islam / Susunan Abdul Aziz Ath-Thorifi
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Pustaka Al-Kautsar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 6 x 20 x 28

ISBN: 9789795928553
Availability: In Stock
Price: RM97.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Akidah Salaf VS Ilmu Kalam, Akar Konflik Penyimpangan Akidah di Dunia Islam | Judul Asal (‘Arab): Al-Khurasaaniyyah fi Syarhi ‘Aqidah Ar-Raziyyaini (Syarh Ashl As-Sunnah wa I’tiqad Ad-Diin) | Penulis/Penyusun: ‘Abdul ‘Aziz bin Marzuq Ath-Thorifi | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Masturi Irham dan H. Malik | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 1.7kg | Muka Surat: 809m/s. (Hard cover, lengkap 2 Jilid) | Ukuran buku: 24.5cm (tinggi) x 16.1cm (lebar) x 4.6cm (tebal) | ISBN: 978-979-5928-55-3 |


Buku ini berbicara tentang akar konflik akidah di Khurasan pada masanya. Khurasan sendiri merupakan sebuah kota lama di Parsi (kini dikenal dengan nama Iran). Kota ini menjadi pusat dan tempat yang mempertemukan pertembungan antara dua ideologi; yakni golongan yang bermanhaj salaf dengan kelompok yang mengedepankan ilmu kalam (falsafah akal).

Manhaj salaf dipertahankan oleh dua tokoh dengan nisbat Ar-Razi, yakni Abu Hatim Ar-Razi dan Abu Zur’ah Ar-Razi yang kedua-duanya merupakan ulama besar dari kota Ray di wilayah Khurasan. Mereka berdua mewarisi manhaj dan akidah salaf dari generasi sebelumnya, yakni para sahabat, tabi’in, dan para salaf lainnya di masanya. Sementara ilmu kalam muncul kesan dari pengaruh falsafah Yunani yang diwakili oleh aliran Murji’ah, Jahmiyyah, Khawarij, Muktazilah, Rafidhah, dll.

Al-Imam Ibn Abi Hatim Ar-Razi rahimahullah (Wafat: 327H) pula adalah tokoh besar yang telah mencatatkan susunan bait-bait penegasan i’tiqad salaf daripada dua tokoh salaf tadi (yakni Abu Hatim Ar-Razi dan Abu Zur’ah Ar-Razi rahimahumullah) dalam rangka membezakan antara jalan dan i’tiqad salaf dengan ahli kalam yang kemudiannya dikenal dengan risalah Ashlu As-Sunnah wa I’tiqad Ad-Diin atau juga disebut dengan judul ‘Aqidah Ar-Raziyyain.

Dalam buku ini (edisi syarah kepada risalah susunan Abu Hatim dan Abu Zur’ah tersebut), Asy-Syaikh ‘Abdul Aziz bin Marzuq Ath-Tharifi mengemukakan dengan jelas akar konflik penyimpangan akidah dalam dunia Islam diikuti perdebatan panjang antara ulama salaf dan ahli kalam dalam pelbagai juzuk agama, (antaranya seperti);

Adakah iman bertambah dan berkurang,

Adakah Al-Qura’an makhluk,

Adakah Surga dan Neraka telah diciptakan,

Di manakah posisi Syurga dan Neraka,

Adakah Allah istiwa’ di atas Arsy-Nya di langit,

Adakah Nabi pernah melihat Allah di dunia,

Adakah Mizan, Shirat, ‘Arsy, Telaga, Syafa’at itu benar adanya?

Juga,

Adakah azab dan nikmat kubur serta hari kebangkitan itu benar adanya,

Wajibkah Taat kepada ulil amri,

Hukum belajar ilmu Kalam.

Dan banyak lagi yang lainnya. Buku ini berusaha menjelaskan asas dan dasar perbezaan antara golongan yang bermanhaj salaf dengan golongan yang berideologikan mantiq akal (ilmu kalam) dalam hal-hal terkait akidah khususnya.

Isu-isu akidah dan keislaman yang sering dihembuskan oleh kaum liberal dan sekular pada masa kini sebenarnya hanyalah siri-siri ulangan atau kesinambungan dari apa yang telah dihembuskan oleh golongan ahli kalam sebelumnya.

Alhamdulillah, buku ini memang seharusnya dimiliki khasnya oleh para penuntut ilmu dan pengkaji. [Disediakan oleh Atsar Online Bookstore]

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net