Judul: Petunjuk Nabi Dalam Bermuamalah, Pedoman Berinteraksi Dalam Kehidupan Sehari-hari | Judul Asal (‘Arab): Al-Hadyu An-Nabawi fi Ta’ammul Ma’an Naas | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Dr. Shalih bin Furaih Al-Bahlal | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Ustaz Rahmat Fitrah Ramdhani | Penerbit: Pustaka Khazanah Fawa’id | Berat: 0.3kg | Muka Surat: 144m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23cm (tinggi) x 15cm (lebar) x 0.9cm (tebal) | ISBN: 978-602-5806-04-9 |
Pada zaman ini kita mendapati banyak manusia menjadi tercerai-berai hubungannya antara satu sama lain. Lalu syaitan pun menambah-nambah permasalahan tersebut menjadi lebih besar dengan memecah-belahkan mereka dan menghasut mereka saling untuk bermusuhan antara satu dengan yang lain.
Ini dapat kita saksikan banyak sekali bukti terjadi di sekitar kita. Di antaranya;
- Ada orang yang memutus tali persaudaraannya hanya kerana perbezaan dalam harta warisan.
- Ada yang meninggalkan isterinya yang baik hanya kerana perbezaan-perbezaan remeh yang biasa muncul dalam kehidupan rumah tangga.
- Ada orang-orang yang naik marah kepada orang lain dari kalangan jamaah masjidnya hanya kerana telah membebani mereka dengan menghidupkan alat penghawa dingin di dalam masjid.
- Ada yang memboikot tetangganya hanya kerana anak tetangganya pernah bertengkar dengan anaknya.
- Ada yang memutus tali kekerabatan hanya kerana dia tidak mendapatkan pertolongan daripadanya di saat memerlukan.
- Ada yang memutus persahabatan sesama saudaranya yang muslim hanya kerana perasaan hasad dan sering bersangka buruk.
- Ada wanita yang enggan bertemu istri anaknya (menantunya) hanya kerana dia bukan calon pilihannya.
Semua ini menjelaskan betapa pentingnya untuk kembali kepada petunjuk Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam bermuamalah terhadap sesama manusia.
Semoga buku ini dapat membantu mempererat dan mengikat kembali kesatuan kaum muslimin yang telah banyak terkoyak di sana-sini, menghidupkan semangat saling memaafkan, bertoleransi, serta menata ukhuwah secara benar.
Wallahul Muwaffiq.