Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Akidah Imam Muhammad bin Abdul Wahhab

Syarah Akidah Imam Muhammad bin Abdul Wahhab
Terbitan: Pustaka Imam Bonjol
Product Code: Pustaka Imam Bonjol
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 1.3 x 15.5 x 24

ISBN: 9786020871417
Availability: In Stock
Price: RM27.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Akidah Imam Muhammad bin Abdul Wahhab | Judul Asal (‘Arab): Syarhu ‘Aqidah Al-Imam Muhammad ibn ‘Abdil Wahhab | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab rahimahullah (wafat: 1206H) | Tahqiq/Takhrij: Pensyarah | Syarah & Penjelasan: Asy-Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan Al-Fauzan hafizhahullah | Penterjemah: Al-Ustaz Abu Naurah | Penerbit: Pustaka Imam Bonjol | Berat: 0.6kg | Muka Surat: 238m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 24cm (tinggi) x 15.5cm (lebar) x 1.3cm (tebal) | ISBN: 9786020871417|


Belum lama tuduhan-tuduhan sesat dengan label “wahhabi” yang terdengar di telinga kita atau yang kita dapati dalam banyak tulisan. Pelbagai tuduhan dan momokan yang buruk dilemparkan atas nama dan istilah wahhabi. Jika kita telusuri baik-baik, tuduhan-tuduhan tersebut akhirnya berpangkal dan tertuju kepada dakwah Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab rahimahullah (Wafat: 1206H).

Tuduhan-tuduhan tersebut akhirnya melahirkan persepsi yang buruk bukan sahaja kepada Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab, bahkan atas nama Islam itu sendiri. Lebih parah ianya terus berlarutan dan menyebar ke negara-negara Islam di pelbagai belahan dunia, termasuk ke negara kita di Nusantara ini.

Cumanya sebelum itu... siapakah dia sebenarnya Muhammad bin ‘Abdil Wahhab yang sering disebut-sebut itu? Benarkah keadaan beliau sebagaimana yang didakwa dan dimomokkan?

Wajib bagi setiap Muslim untuk kembali meneliti dengan cermat berita yang tersebar di kalangan sebahagian masyarakat, lebih-lebih lagi terkait kehormatan seorang Muslim, dan berkait pula dengan aqidah dan pegangan agama.

Maka buku ini merupakan antara buku yang menghimpun penjelasan terkait aqidah dan pegangan sebenar Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab sebagaimana yang telah diikrarkan oleh beliau sendiri. Beliau mentaqrirkan bait-bait aqidah ini sebaik diminta penjelasan oleh para penduduk Qashim tatkala fitnah yang memburuk-burukkan nama beliau mula tersebar pada zamannya. Melalui buku ini kita akan melihat dan mendapat penjelasan sebenar terkait aqidah dan pegangan beliau dalam beragama. Lalu kita akan membandingkannya dengan manhaj aqidah para salaf bersesuaian dengan nash-nash Al-Qur’an dan As-Sunnah yang sahih!

Buku ini kemudian disyarah dan diberikan kata penjelasan dan huraian oleh Asy-Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan Al-Fauzan yang merupakan salah seorang ulama besar dari kota Riyadh, dan merupakan anggota Hai’ah Kibar Al-‘Ulama dan Al-Ma’jma Al-Fiqhi Al-Islami yang berpangkalan di Kota Makkah, ‘Arab Saudi.

Melalui buku ini kita akan menyingkap pelbagai tuduhan sekaligus melihat aqidah dan pegangan sebenar Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab rahimahullah serta kedudukannya yang sebenar menurut kaca mata ahlus sunnah wal-jama’ah dari kalangan para salaf ash-shalih.

- Sinopsis disediakan oleh Atsar Online Bookstore -

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net