Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Rasulullah Pendidik Sukses, Meneladani Rasulullah Mencetak Generasi Sukses

Rasulullah Pendidik Sukses, Meneladani Rasulullah Mencetak Generasi Sukses
Terbitan: Pustaka Dhiya'ul Ilmi
Product Code: Pustaka Dhiya'ul Ilmi
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 3 x 18 x 25

ISBN: 9789791599115
Availability: In Stock
Price: RM49.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Rasulullah Pendidik Sukses, Meneladani Rasulullah Mencetak Generasi Sukses | Judul Asal (‘Arab): An-Nabiyyul Kariim Shallallahu ‘alaihi wa Sallam Mu’alliman | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Prof. Dr. Fadhl Ilahi | Syarah: Penulis | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Al-Ustaz Abu Muhammad Al-Wanugiri | Penerbit: Pustaka Dhiya’ul Ilmi | Berat: 0.95kg| Muka Surat: 430m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.4cm (tinggi) x 16cm (lebar) x 2.1cm (tebal) | ISBN: 9789791599115 |


Kebejatan akhlak dari hasil didikan para pelajar di peringkat sekolah mahupun peringkat pengajian tinggi hari ini memberi indikasi seakan ada sesuatu yang salah pada sistem pendidikan kita. Namun, kesalahan tidak semestinya merujuk kepada kurikulum, silibus, atau perilaku para pelajar, tetapi barangkali mungkin merujuk kepada para pendidik atau tenaga pengajarnya.

Ini mungkin dapat dilihat kepada kaedah dan pola pengajaran yang dilaksanakan. Bukankah dalam masa yang sama ketika mengajar, para guru juga perlu menjadi suri teladan atau contoh manusia yang baik bagi anak-anak didiknya?

Adakah sebagai seorang guru atau pendidik telah berjaya melayani setiap persoalan dan masalah yang diajukan oleh para anak didiknya? Adakah para pendidik berupaya membimbing para pelajarnya ke arah hala-tuju yang paling utama? Atau sekadar melepaskan tugas makan gaji tanpa mengambil penting aspek dan ciri-ciri sebagai seorang pendidik yang berkesan dan mampu menjadi contoh yang baik? Masih adakah guru yang sanggup mendidik para pelajarnya sehingga memakan waktu peribadinya demi kebaikan para pelajar tanpa imbuhan gaji?

Semua persoalan tersebut ada dibincangkan melalui buku ini.

Mengambil contoh bagaimana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mendidik para sahabatnya kepada agama dan perkara duniawi. Perhatikanlah melalui buku ini bagaimana Rasulullah memilih waktu yang tepat untuk mengajar dan mendidik, cara-cara Rasulullah menjawab pelbagai soalan dan permasalahan yang diajukan, cara menyampaikan ilmu kepada pelbagai karektor dan latar keperdibadian para sahabatnya, kaedah-kaedah yang baik dalam memanfaatkan momentum masa dan peristiwa, tips dan kaedah memupuk minat belajar, sentuhan fizikal, cara komunikasi dan berbicara dengan para pelajar, cara berinteraksi dan berhubung, kaedah penyampaian secara isyarat dan imaginasi (ilustrasi), contoh-contoh perumpamaan yang digunakan, kaedah bertanya dalam mendidik, meneliti dan mengenal-pasti keistimewaan setiap pelajar yang berbeza, cara mengenal-pasti respon pelajar, malah banyak lagi yang dibahaskan melalui buku ini.

Ianya mengumpulkan sebanyak 45 pola dan kaedah pendidikan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam kepada para pelajarnya (yakni mereka yang bergelar para sahabat). Lihatlah methode tersebut, yang merupakan methode Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam mendidik dan memotivasikan para penuntut ilmu. Yakni methode yang istimewa, yang telah dicontohkan dan diteladankan oleh beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan telah memberikan hasil yang menempa sejarah terhebat dunia!
.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharap (pahala) Allah dan Hari Akhir, dan dia banyak mengingat Allah.” (Surah Al-Ahzaab, 33: 21)

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net