Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Intisari Tafsir Al-Qur'an, Mengungkap Rahasia dan Keagungan Ayat-ayat Pilihan Tentang Akidah, Ibadah, Muamalah dan Kisah-kisah Para Nabi

Intisari Tafsir Al-Qur'an, Mengungkap Rahasia dan Keagungan Ayat-ayat Pilihan Tentang Akidah, Ibadah, Muamalah dan Kisah-kisah Para Nabi
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 14.2 x 2.9

ISBN: 9786026845610
Availability: In Stock
Price: RM60.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Intisari Tafsir Al-Qur’an, Mengungkap Rahasia dan Keagungan Ayat-ayat Pilihan Tentang Akidah, Ibadah, Muamalah dan Kisah-kisah Para Nabi | Judul Asal (‘Arab): Taisir Al-Lathif Al-Mannan fii Khulashah Tafsir Al-Qur’an | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh ‘Abdurrohman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah (wafat: 1376H) | Tahqiq/Takhrij: Tim Penerbit | Penterjemah: Izzuddin Karimi | Penerbit: Darul Haq | Berat: 1.1kg| Muka Surat: 480m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5cm (tinggi) x 14.1cm (lebar) x 2.9cm (tebal) | ISBN: 978-602-6845-61-0 |


Penulis atau penyusun kitab ini asalnya telah menyiapkan sebuah tafsir yang sangat baik dari sudut manhaj, methodologi, huraian penjelasan, bentuk penyampaian, penggunaan ayat-ayat yang mudah difahami, ringkas, tuntas, dan terang penjelasannya. Namun, ia tetap masih kelihatan sangat besar dan tebal untuk ditela’ah sebahagian golongan awam. Maka dicadangkan kepada Syaikh (penulis) agar menyusun sebuah tafsir yang lebih ringkas tetapi mencakup pelbagai perkara dalam rangka memberi manfaat dan menarik para pembaca daripada kalangan awam.

Maka, Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di pun menyusunnya, dan sempurnalah sebuah lagi kitab tafsir yang cukup padat, ringkas, dan santai penyampaian maksudnya oleh beliau.

Tafsir yang disusun oleh Syaikh As-Sa’di ini lebih tertumpu berdasarkan tema-tema dan bab-bab yang beliau fokuskan. Ia adalah bentuk susunan atau kaedah penyampaian tafsir yang jarang dilakukan oleh mana-mana penyusun kitab tafsir.

Tafsir ini dimulakan dengan fokus tauhid dan aqidah. Maka Syaikh pun menghimpunkan ayat-ayat penting yang berkaitan dengan tauhid dan aqidah lalu menjelaskan huraian dan maksudnya bersesuaian dengan kefahaman para salaf ahlus sunnah wal-jama’ah.

Kemudian diikuti dengan bab seterusnya pun begitu juga, iaitu pada bab Iman kepada Rasulullah. Beliau membawakan ayat-ayat berkaitan dengan bab tersebut dan menjelaskan tafsiran-tafsirannya yang benar. Demkianlah pula seterusnya pada bab-bab yang lain yang berikutnya sehingga ke akhir.

Antara bab-bab yang beliau fokus dan tumpukan adalah seperti bab Iman kepada hari Kiamat, Iman kepada para malaikat, anjuran memenuhi hak-hak Allah dan hak-hak sesama manusia, hukum-hakam solat, kewajiban zakat, bersuci dengan air dan tayammum, seterusnya sehingga ke perbahasan bab-bab lain seperti jihad, sumpah, kisah-kisah para Nabi, dan sebahagian kisah-kisah Al-Qur’an lainnya... Metode yang beliau tempuh ini seolah-olah seperti penyusunan bab-bab dalam kitab-kitab hadis diikuti syarah dan huraiannya.

Maka, ambillah manfaat berupa kefahaman terhadap Al-Qur’an ini... Tidak patut ada alasan lagi buat kita untuk tidak menela’ah kandungan dan makna-makna penting Al-Qur’an; yakni setelah adanya tafsir yang amat mudah, ringkas, padat, gaya bahasa dan penyampaian yang baik, dan susunan bab yang menarik lagi memudahkan ini...

Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah (Wafat: 1376H), seorang ulama tafsir yang terkenal pada masanya sehingga ke hari ini.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net