Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Dahsyatnya Siksa Kubur, Menyingkap Suasana Alam Kubur dan Para Penghuninya / Susunan Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali

Dahsyatnya Siksa Kubur, Menyingkap Suasana Alam Kubur dan Para Penghuninya / Susunan Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali
Terbitan: Pustaka at-Tazkia
Product Code: Pustaka At-Tazkia
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.4 x 16.4 x 2

ISBN: 9789792426816
Availability: In Stock
Price: RM43.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Dahsyanya Siksa Kubur | Judul Asal (‘Arab): Ahwal Al-Qubur wa Ahwal Ahliha ila An-Nusyur | Penulis/Penyusun: Al-Imam Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) | Tahqiq/Takhrij: Basyir Muhammad ‘Uyun | Penterjemah: Widyan Wahyudi | Penerbit: Pustaka At-Tazkia | Berat: 0.8kg| Muka Surat: 311m/s. (Hard Cover) | Ukuran buku: 24.4cm (tinggi) x 16.4m (lebar) x 2cm (tebal) | ISBN: 978-979-2426-81-6 |


Haani’ maula ‘Utsman (bin ‘Affan) radhiyallaahu ‘anhu pernah berkata:

كَانَ عُثْمَانُ، إِذَا وَقَفَ عَلَى قَبْرٍ بَكَى حَتَّى يَبُلَّ لِحْيَتَهُ، فَقِيلَ لَهُ: تُذْكَرُ الجَنَّةُ وَالنَّارُ فَلَا تَبْكِي وَتَبْكِي مِنْ هَذَا؟ فَقَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّ القَبْرَ أَوَّلُ مَنْزِلٍ مِنْ مَنَازِلِ الآخِرَةِ، فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَيْسَرُ مِنْهُ، وَإِنْ لَمْ يَنْجُ مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ

“Bahawasanya ‘Utsman apabila berdiri di kubur, beliau selalunya akan menangis sampai basah janggutnya. Maka ditanyakan kepada beliau:

“Ketika disebut-sebut tentang Syurga dan Neraka engkau tidak menangis, tetapi kenapa engkau menangis kerana kubur ini?”

Maka beliau (‘Utsman) pun menjawab, “Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya kubur adalah tempat (rumah persinggahan) terawal dari tempat-tempat (persinggahan) di akhirat. Bila seorang selamat darinya, maka setelahnya akan lebih mudah. Jika tidak selamat darinya, maka setelahnya akan lebih sukar.”

‘Utsman berkata, “Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا رَأَيْتُ مَنْظَرًا قَطُّ إِلَّا وَالقَبْرُ أَفْظَعُ مِنْهُ

“Tidaklah aku pernah melihat suatu yang sangat mengerikan berbanding dari kubur.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2308. Dinilai hasan oleh At-Tirmidzi dan Al-Albani)

Dari hadis ini menjelaskan bahawa alam kubur adalah tempat persinggahan pertama atau terawal di akhirat sebaik kematian tiba kelak, yakni sebelum menuju ke tempat-tempat persinggahan yang seterusnya sehinggalah akhirnya sama ada menuju ke Syurga atau Neraka.

Dari hadis ini juga menjelaskan bahawa alam kubur adalah suatu tempat atau suatu alam yang sangat mengerikan.

Melalui buku yang disusun oleh Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) ini, kita seakan-akan dibawa mengembara ke alam kubur melihat-lihat suasananya dan menjenguk keadaan para penghuninya. Kita akan didedahkan dengan lebih jelas dan terperinci lagi akan hakikat gambaran alam kubur bersesuaian dengan khabar-khabar sahih yang disampaikan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Semoga dengan paparan penjelasan melalui buku ini, akan menjadikan kita lebih termotivasi dan bersungguh-sungguh mempersiapkan bekal sebelum saat-saat itu datang kepada kita.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net