Judul: Mukhtashar Siyar A’lam An-Nubala’ wa Tarikh Al-Islam, Mutiara Kisah Terpilih Orang-orang Cemerlang Dalam Sejarah Islam | Judul Asal (‘Arab): Mukhtashar Siyar A’lam An-Nubala’ wa Tarikh Al-Islam | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Dr. Sulaiman Al-Asyqar | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: H. Masturi Irham & Abdul Majid | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 1.28kg| Muka Surat: 769m/s. (Hard Cover) | Ukuran buku: 24.3cm (tinggi) x 16.3m (lebar) x 3.6cm (tebal) | ISBN: 978-979-592-836-2 |
Buku ini menghimpun kisah-kisah terpilih tokoh-tokoh besar dalam sejarah umat Islam. Kisah-kisah yang diambil dan disarikan dari dua kitab besar dan ternama, yakni Kitab Siyar A’lam An-Nubala dan Kitab Tarikh Al-Islam. Dua kitab sirah terkenal tokoh-tokoh besar kaum muslimin, susunan Al-Imam Al-Hafiz Adz-Dzahabi rahimahullah (wafat: 748H).
Kisah-kisah terpilih, terbaik dan menakjubkan di buku ini disusun dan dibukukan semula oleh Asy-Syaikh Dr. Sulaiman Al-Asyqar, salah seorang penganalisa dan pengkaji sirah terkena dari Timur Tengah.
Buku ini menghimpun kisah-kisah dari kalangan ulama, ahli ibadah, para qadhi (hakim), tokoh-tokoh mujahid dan pejuang, para khalifah dan sultan, serta beberapa nama penting yang memiliki pengaruh dalam perjalanan sejarah Islam dan kaum muslimin. Pelbagai fakta sejarah dan peristiwa-persitiwa penting dalam sejarah dahulu juga turut disentuh dan dipaparkan semula melalui buku ini.
Sememangnya antara karya penting yang tidak harus dilepaskan oleh para peminat dan pembaca kisah-kisah sejarah kaum muslimin!