Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ringkasan Kitab Al-Umm Rujukan Utama Fiqih Mazhab Asy-Syafi’i / Terjemahan Lengkap Kitab Mukhtashar Al-Muzani ‘ala Al-Umm

Ringkasan Kitab Al-Umm Rujukan Utama Fiqih Mazhab Asy-Syafi’i / Terjemahan Lengkap Kitab Mukhtashar Al-Muzani ‘ala Al-Umm
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 17.8 x 8.1

ISBN: 9786026360380
Availability: In Stock
Price: RM140.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mukhtashar Al-Muzani ‘ala Al-Umm – Ringkasan Kitab Al-Umm Rujukan Utama Fiqih Mazhab Asy-Syafi’i | Judul Asal (‘Arab): Mukhtashar Al-Muzani ‘ala Al-Umm | Penulis/Penyusun: Al-Imam Al-Muzani rahimahullah (Wafat: 264H) | Tahqiq/Takhrij: Mahmud Mathraji | Kemasan/Layout: Pihak penerbit/penterjemah | Penterjemah: Muhammad Syu’aib Al-Faiz, MA | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 3.6kg| Muka Surat: 2 Jilid Lengkap, 722m/s. + 720m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.7cm (tinggi) x 17.8cm (lebar) x 8.1cm (tebal) | ISBN: 978-602-6360-38-0 |


Buku ini merupakan terjemahan lengkap dari kitab Mukhtashar Al-Muzani, yang merupakan kitab fiqh ringkas yang sangat penting dan masyhur dalam kalangan mazhab Asy-Syafi’i. Kitab Mukhtashar Al-Muzani merupakan karya susunan Al-Imam Al-Muzani (175H-264H), salah seorang murid terkenal Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H). Dan beliau dikatakan sebagai tokoh (dalam mazhab Asy-Syafi’i) dengan dalam masa sama merupakan murid dan sahabat Al-Imam Asy-Syafi’i yang paling mengetahui dan menguasai mazhab, ijtihad dan pendapat-pendapat Al-Imam Asy-Syafi’i.

Al-Imam Ibnu ‘Abdil Bar rahimahullah (Wafat: 463H) menyebutkan:

“Al-Muzani adalah sahabat Imam Asy-Syafi’i yang paling berilmu, kecerdasan dan pemahamannya sangat teliti, kitab-kitab dan ringkasan-ringkasan karyanya tersebar di seluruh penjuru bumi sama ada di timur mahupun barat. Beliau adalah seorang yang bertaqwa, wara’, dan beragama. Sangat penyabar dalam berdepan keadaan yang sedikit dan kekurangan.”

Manakala Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (wafat: 748H) menyebutkan dalam Siyar A’lam An-Nubala’:

“Al-Imam Al-Muzani adalah murid utama Al-Imam Asy-Syafi’i, beliau paling terkenal dan paling dihormati dalam kalangan tokoh-tokoh mazhab Asy-Syafi’i. Kun-yah (gelaran atau nama panggilan beliau) adalah Abu Ibrahim, manakala nama lengkapnya adalah Isma’il bin Yahya bin Isma’il bin Amru Al-Muzani. Dikenal sebagai seorang imam (ulama rujukan), ahli fiqih yang pakar, bijak ketika berdebat, seorang yang zuhud, kuat beribadah, dan seorang yang berbangsa Mesir, lahir pada tahun 175H, manakala wafat pada 264H.”

Al-Imam Asy-Syafi’i pernah menyebutkan:

“Al-Muzani adalah penolong (pembela) mazhabku (yakni pembela pendapat-pendapat Al-Imam Asy-Syafi’i).” (Siyar A’lam An-Nubalaa’, 12/493)

Kitab Mukhtashar Al-Muzani ini merupakan sebuah karya induk, tertua dan terpenting dalam mazhab Asy-Syafi’i setelah Al-Umm. Ia merupakan antara karya rujukan dan perintis bagi kitab-kitab fiqh bermazhab Asy-Syafi’i setelahnya. Kitab Mukhtashar Al-Muzani ini boleh dikatakan merupakan rangkuman atau ikhtishar kepada kitab Al-Umm Asy-Syafi’i. Di dalamnya turut dinukilkan banyak sekali pekataan dan pendapat-pendapat Al-Imam Asy-Syafi’i, sama ada yang didengar langsung di dalam majlis-majlis atau yang disampaikan langsung kepadanya.

Kitab ini begitu cepat tersebar dan menjadi sangat terkenal di masanya kerana kandungannya yang mudah dan ringkas berbanding karya induk Al-Umm yang lebih luas dan besar. Para ulama menyambut kitab ini dengan penuh minat dan tumpuan sehingga tersebarlah pelbagai syarah dan nukilan-nukilannya di pelbagai kitab-kitab fiqh yang lain berikutnya pula.

Bagi edisi terjemahan ini, ianya diterbitkan lengkap 2 jilid edisi hard cover. Bagi jilid pertamanya memuatkan perbahasan thaharah, solat, pengurusan jenazah, zakat, shiyam (puasa), haji dan umrah, perbahasan jual-beli, pelbagai hukum-hakam dalam urusan muamalah, sedekah, wasiat dan pembahagian warisan (fara’idh).

Manakala di jilid kedua memuatkan perbahasan nikah dan kekeluargaan, ar-radha’ (hukum-hakam penyusuan), nafaqah (pemberian nafkah), perbahasan jinayaat, hudud dan perundangan, perbahasan jihad, perbahasan buruan dan sembelihan, adh-dhohaya (korban) dan aqiqah, hukum-hakam makanan dan minuman, sumpah dan nadzar, adab al-qadha (etika kehakiman), mahkamah dan pengadilan, hukum-hakam saksi, al-‘itq dan al-mudabbar serta al-mukaatab (penghambaan dan pemerdekaan hamba), sampailah bab ummahatul walad.

Semoga kitab ini dapat memberi maklumat dan menjadi rujukan yang sangat bermanfaat buat para pencinta ilmu khususnya dan masyarakat awam seluruhnya, lebih-lebih lagi dalam lingkungan negara kita yang bermazhab Asy-Syafi’i pada hari ini.

- Sinopsis disediakan oleh Atsar Online Bookstore -

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net