Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Aqidah Imam Syafi'i

Syarah Aqidah Imam Syafi'i
Terbitan: Ukhuwatuna
Product Code: Ukhuwatuna
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 2.1 x 16 x 24.5

ISBN: 0
Availability: In Stock
Price: RM48.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Aqidah Imam Syafi’i | Judul Asal (‘Arab): Bazlul Masaa’i fi Syarhi Risalah fi I’tiqad Al-Imam Asy-Syafi’i | Penulis/Penyusun: Al-Imam Abu Al-Hasan ‘Ali bin Ahmad Al-Hakkari rahimahullah (Wafat: 486H) | Syarah: Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah Ar-Rajhi  | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Semakkan: Pihak penerbit/penterjemah | Penterjemah: Tim Penerbit | Penerbit: Ukhuwatuna | Berat: 1kg| Muka Surat: 332m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5cm (tinggi) x 16cm (lebar) x 2.1cm (tebal) | ISBN: - |


Buku ini membahas tentang bait-bait aqidah sebagaimana yang telah ditaqrirkan (diperakui atau diiqrarkan) oleh Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) lengkap dengan sanad periwayatan. Beliau (Asy-Syafi’i) termasuk salah seorang imam besar yang empat; Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i, dan Imam Ahmad. Mereka adalah para imam dalam kebenaran dan petunjuk, mereka semua merupakan ahlus sunnah wal-jama’ah, berada di atas manhaj generasi salaf ash-shalih.

Aqidah yang ditaqrirkan (diiqrarkan) oleh Imam Syafi’i merupakan aqidah para imam ahlus sunnah secara keseluruhan, dulu dan kini, dan merupakan apa yang dipegang oleh generasi sahabat dan tabi’in, yang mereka fahami secara langsung daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Kalangan ahlus sunnah wal jama’ah tidak memiliki perbezaan dalam urusan Aqidah, khasnya dalam memahami Dzat Allah, Rububiyyah-nya, Uluhiyyah dan Asma’ wa Sifat-sifat-Nya, iman terhadap kitab-kitab, malaikat, serta apa yang diturunkan kepada para Rasul, iman terhadap kedatangan hari kiamat, iman terhadap Qadha dan Qadar, dan yang lainnya dalam perkara aqidah. Perbezaan yang terjadi hanya pada masalah cabang fiqhiyyah seperti sebahagian hukum-hukum dalam sebahagian perkara solat, zakat, puasa, haji, jual-beli, dan semisal.

Buku ini mengupas secara tuntas dan fokus aqidah Imam Asy-Syafi’i sebagaimana yang telah diriwayatkan dan ditulis oleh Al-Imam Abul Hasan ‘Ali bin Ahmad Al-Hakaari (Wafat: 486H), dan disyarah (diberi penjelasan dan kupasan) oleh Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah Ar-Rajihi, salah seorang ulama ternama saat ini. Tidak banyak buku yang menulis tentang ‘Aqidah Al-Imam Syafi’i sebaik dan sekomprehensif buku ini.

Selamat membaca dan memahami.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net