Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tarikh Khulafa’, Sejarah Para Khalifah [Karya dan Susunan Al-Imam As-Suyuthi rahimahullah]

Tarikh Khulafa’, Sejarah Para Khalifah [Karya dan Susunan Al-Imam As-Suyuthi rahimahullah]
Terbitan: Qisthi Press
Product Code: Qisthi Press
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16.5 x 3

ISBN: 9789791303699
Availability: In Stock
Price: RM68.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tarikh Khulafa’, Sejarah Para Khalifah | Judul Asal (‘Arab): Tarikh Khulafa’ | Penulis/Penyusun: Al-Imam Asy-Suyuthi rahimahullah (Wafat: 911H) | Tahqiq/Syarah: Tidak dinyatakan | Penterjemah: Muhammad Ali Nurdin | Penerbit: Qisthi Press | Berat: 1.3kg| Muka Surat: 525m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5cm (tinggi) x 16.5cm (lebar) x 3cm (tebal) | ISBN: 978-979-1303-69-9 |


Zaman terus berputar, peristiwa sejarah akan berulang, hanya pelaku, tempat dan situasinya berbeza. Putaran zaman mempergilirkan antara kebaikan dan keburukan. Dan keadaan suatu zaman akan sangat dipengaruhi oleh siapa yang menjadi pemimpin dan tokoh-tokohnya di ketika itu. Perkara ini dapat kita saksikan pada perjalanan umat Islam dari semenjak masa kenabian, masa Khulafa’ur Rasyidin serta masa dinasti Bani Ummayah dan Bani ‘Abbasiyyah.

Kekhilafahan mengalami masa keemasan pada masa-masa Khulafa’ur Rasyidin khasnya pada masa Khalifah Abu Bakar, ‘Umar dan setengah dari masa kekhilafahan ‘Utsman bin Affan. Setelah berakhirnya masa Khulafa’ur Rasyidin, kekhilafahan berpindah secara turun temurun, adakalanya berada di tangan orang soleh, dan adakalanya berada di tangan orang yang zalim dan bejat. Namun bagaimana pun keadaannya, mereka tetap lebih baik berbanding dengan pasca-pasca era kejatuhan khilafah dan kerajaan Islam berikutnya dan berikutnya.

Al-Imam As-Suyuthi rahimahullah, seorang tokoh besar yang hidup antara tahun 849H-911H, mengungkap peri-kehidupan para khalifah (penguasa) berdasarkan periwayatan yang terpercaya dan komentar-komentar para ulama yang langsung menjadi pelaku sejarah. Karya beliau merupakan antara warisan yang sangat berharga kerana kaya dengan pelajaran yang mendalam dan menjadi rujukan bagi generasi umat setelahnya yang ingin memahami sejarah para penguasa dan pemerintahan silam.

Buku ini mengajak para pembaca menyelami sejarah empat Khulafa’ur Rasyidin dan setelahnya, kemudian Bani Umayyah, dan kemudian Bani ‘Abbasiyyah.

Di dalamnya penulis menyingkap selok-belak pentadbitan dan era kegemilangan pemerintahan Islam, dinukil di dalamnya kisah-kisah para khalifah Islam, membentangkan banyak sekali atsar-atsar (ungkapan-ungkapan kata berharga), menjabarkan sebahagian akhlak dan karektor penguasa Islam terdahulu, nasihat-nasihat ulama terhadap penguasa, kelemahan dan kelebihan masing-masing penguasa di setiap zamannya, untaian-untaian emas dari sang penguasa, naik turunnya pemerintahan Islam, pergolakan, peperangan, jihad, dan juga antara kebaikan dan kediktatoran para penguasa.

Walaupun pada sebahagian sisi terdapat kupasan dan riwayat yang dikritik atau diberi catatan oleh para ulama setelahnya, namun secara umumnya buku ini termasuk buku yang bermanfaat dan menjadi rujukan para ilmuan.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net