Judul: Rahasia & Mukjizat Tawasul, Panduan dan Tata Cara Tawasul Menurut Al-Quran dan As-Sunnah | Judul Asal (‘Arab): Al-Qaul Al-Jaliyy fi Hukmi At-Tawassul bi An-Nabiyyi wa Al-Waliyyi | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Muhammad bin Ahmad Ibn ‘Abdissalam Khidr | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Izzudin Karimi dengan semakkan oleh Al-Ustaz Zainal Abidin Syamsuddin | Penerbit: Pustaka Imam Bonjol | Berat: 0.4kg| Muka Surat: 108m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 17.5cm (tinggi) x 12.4cm (lebar) x 0.5cm (tebal) | ISBN: 978-602-0871-21-9 |
Tawasul merupakan ibadah besar dan ritual agung yang mampu mengundang redha Allah Ta’ala jika diamalkan dengan benar, namun akan mengundang murka-Nya jika digunakan bukan pada tempatnya. Kerana, tawasul itu ada yang disyari’atkan, dan ada pula yang terlarang.
Tahukah anda, sangat banyak ritual-ritual ibadah yang bercampur syirik di zaman ini. Seiring dengan perkembangan zaman, berkembang pula jenis dan ritual-ritual kesyirikan. Di antara ibadah kaum muslimin yang banyak tercemar dengan syirik adalah amalan tawassul. Sangat sedikit sekali dari kaum muslimin di zaman ini yang benar-benar memahami hakikat tawasul secara benar. Sehingga bukan suatu yang aneh, ada bahkan ramai di antara mereka yang bertawassul dengan orang-orang yang sudah mati, baik dari kalangan orang soleh mahupun orang yang tidak jelas asal-usulnya, entah di tempat-tempat yang dianggap keramat atau di tempat-tempat disangka “angker”.
Masalah ini bertambah aneh lagi apabila ianya didukung dan dianjurkan oleh orang-orang yang “dianggap soleh” atau punya kedudukan di mata masyarakat. Atas sebab itulah tidak sedikit dari kaum muslimin yang terjebak dalam masalah ini. Sama ada sedar atau tidak, mereka telah terjatuh ke dalam perbuatan syirik yang besar. Oleh kerana itu, menjadi suatu kewajiban untuk menjelaskan tentang hakikat tawassul yang benar bersesuaian Syari’at Islam seraya menjelaskan pula tawassul yang terlarang dalam Islam diikuti bantahan terhadap syubhat-syubhatnya.
Semoga bermanfaat.