Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Rahasia dan Keajaiban Langit Dalam Perspektif Al-Qur’an

Rahasia dan Keajaiban Langit Dalam Perspektif Al-Qur’an
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.3 x 17 x 2.3

ISBN: 9786027965218
Availability: In Stock
Price: RM50.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Rahasia dan Keajaiban Langit Dalam Perspektif Al-Qur’an | Judul Asal (‘Arab): As-Samaa’ fil Qur’aanil Kariim | Penulis/Penyusun: Dr. Ghalib Muhammad Raja Az-Za’arir | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Firdaus Sanusi | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 1.3kg| Muka Surat: 374m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.3cm (tinggi) x 17cm (lebar) x 2.3cm (tebal) | ISBN: 978-602-7965-21-8 |


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

 الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا مَا تَرَى فِي خَلْقِ الرَّحْمَنِ مِنْ تَفَاوُتٍ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَى مِنْ فُطُورٍ (3) ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنْقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِئًا وَهُوَ حَسِيرٌ (4)وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ

“Dia-lah yang menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat, tidak sekali-kali engkau akan melihat pada ciptaan Allah yang maha penyayang itu berupa ketidak-simbangan. Lalu lihatlah lagi, adakah engkau mendapati sesuatu yang cacat? Kemudian lihatlah sekali lagi, nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat apa pun dengan dalam masa yang sama penglihatanmu dalam keadaan letih (kerana terpaksa bersusah-payah).

Dan telah Kami hiasi langit dunia itu dengan mashaabih (bintang-bintang yang menyala bercahaya), dan kami jadikannya (dari bintang-bintang itu) perejam (penembak) syaitan-syaitan, dan kami siapkan untuk mereka dengan adzab As-Sa’iir.” (Surah Al-Mulk, 67: 5)

Demikian lah salah satu ayat yang menyebutkan perihal langit dan anjuran untuk melihat (mempelajari) tentang keadaan langit. Semua ini adalah dalam rangka menyelami kebesaran dan keagungan Rabb yang telah menciptakannya. Dan masih sangat banyak ayat-ayat yang lain yang menceritakan dan menjelaskan tentang sebahagian dari keadaan langit.

Langit adalah tempat tinggal bagi para malaikat. Dari langitlah turunnya perintah, larangan, dan kitab-kitab-Nya kepada para Rasul dengan dibawa oleh malaikat-Nya. Banyak ayat menjelaskan tentang keadaan dan rahsia-rahsia langit. Amal-amal yang soleh dan ruh orang-orang yang beriman akan naik ke langit. Demikian pula ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dimi’rajkan, beliau dibawa ke langit melepasi langit ke tujuh.

Langit juga merupakan binaan berupa atap atau bumbung yang ditinggikan tanpa tiang. Padanya dihiasi dengan pelbagai objek-objek langit sama ada berupa planet, bintang-bintang, bulan, matahari, atau yang lainnya. Pada langit terkandung sejumlah tanda-tanda kekuasaan Allah yang dapat dilihat dengan jelas, dengan dalam pada itu masih banyak dari rahsia-rahsia langit yang tidak mampu dirungkai dan dicapai oleh akal dan pancaindera manusia. Pada langit juga terkandung sejumlah keajaiban dan rahsia yang dirungkai oleh Al-Qur’an.

Melalui buku ini, penulis telah menjelaskan banyak sekali hakikat, keajaiban dan rahsia-rahsia tentang langit sebagaimana yang terkandung di dalam perkhabaran wahyu Allah baik berupa Al-Qur’an mahupun As-Sunnah, lalu dijabarkan lagi melalui keterangan para ulama tafsir dari kalangan salaf yang berjalan di atas metode penafsiran kenabian.

Di antara kandungan utama perbahasan penulis di buku ini adalah;

1, Makna bumi dan langit diikuti penjelasan asal-usul penciptaannya dari sumber wahyu

2, Kedudukan langit dan ibarat-ibarat tentang langit di dalam Al-Qur’an.

3, Peranan dan fungsi langit sebagaimana yang diungkap melalui kisah-kisah Al-Qur’an.

4, Menghayati penciptaan, keunikan, rahsia dan kehebatan langit.

5, Perkara-perkara ghaib di balik langit sebagaimana yang dikhabarkan oleh Al-Qur’an.

6, Hal-hal yang naik dan turun dari langit.

7, Pelbagai hiasan langit dan pelbagai bentuk keterangan tentangnya.

8, Keadaan langit dan segala penghuni serta hiasan-hiasannya pada hari Kiamat.

9, Kesimpulan dan faedah-faedah pada memahami kejadian langit.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net