Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tadabur Al-Qur’an – Menyelami Makna Al-Qur’an dari Al-Fatihah sampai An-Naas

Tadabur Al-Qur’an – Menyelami Makna Al-Qur’an dari Al-Fatihah sampai An-Naas
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.3 x 16.2 x 2.3

ISBN: 9789795928041
Availability: In Stock
Price: RM69.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tadabur Al-Qur’an – Menyelami Makna Al-Qur’an dari Al-Fatihah sampai An-Naas | Judul Asal (‘Arab): Awwal Marrah Atadabbar Al-Qur’aan  | Penulis/Penyusun: Syaikh Adil Muhammad Khalil | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Andi Muhammad Syahrir | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 1.0kg| Muka Surat: 460m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.3cm (tinggi) x 16.2cm (lebar) x 2.3cm (tebal) | ISBN: 978-979-592-804-1 |


Al-Qur’an adalah firman-firman Allah ‘Azza wa Jalla yang diturunkan dengan tujuan agar diamalkan oleh manusia sebagai pedoman dalam kehidupan mereka. Tidak dapat disangkal bahawa membaca al-Qur’an adalah ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.

Namun, harus difahami bahawa membaca Al-Qur’an tanpa usaha untuk memahami dan mentadabburinya adalah sebuah kekurangan dan merupakan kerugian yang sangat besar. Malah ianya bertentangan dengan tujuan utama Al-Qur’an itu diturunkan; agar ianya ditadabburi dan difahami makna-maknanya serta kandungannya seraya diamalkan dengan segenap kemampuan. Pada Al-Qur’an itu terkandung hikmah dan rahsia-rahsia kehidupan.

Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyeru kita agar tetap mentadabburi ayat-ayat Al-Qur’an, makna-maknanya, dan rahsia-rahsianya.

Allah Ta’ala berfirman (secara makna):

“Ini adalah suatu Kitab yang penuh dengan keberkahan yang Kami turunkan kepada-mu supaya mereka mentadabburi ayat-ayat-Nya, dan agar mereka yang memiliki akal yang sejatera mendapat pelajaran dan peringatan.” (Surah Shaad, 38: 29)

Dan Allah juga berfirman di ayat yang lain (secara makna):

“Adakah mereka tidak mentadabburi Al-Qur’an? Kalau seandainya Al-Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapati pertentangan yang banyak di dalamnya.” (Surah An-Nisaa’: 4: 82)

Mudah-mudahan, dengan membaca dan menyelusuri buku ini halaman demi halaman, dari satu surah ke satu surah berikutnya, akan dapat membantu usaha-usaha dalam memahami, mentadabburi, menuai hikmah-hikmah, kesimpulan-kesimpulan penting serta faedah-faedah berharga bagi setiap surah-surah yang terkandung di dalam Al-Qur’an.

Buku ini menjelaskan dan menghimpunkan kepada kita sejumlah fokus, himpunan faedah dan kesimpulan-kesimpulan yang bersifat komprehensif bagi setiap surah-surah di dalam Al-Qur’an. Apabila kita membaca 1 bab (perbahasan suatu Surah) dari bab-bab di buku ini, maka kita akan dapat menguasai dan memahami sejumlah faedah yang besar bagi satu Surah Al-Qur’an tersebut; baik berupa kesimpulan dan kefahaman global bagi surah tersebut, asal penamaannya, perbahasan utamanya, tema-tema yang terkandung di dalamnya, kisah-kisah penting yang dipaparkan, fokus dan penekanan surah tersebut, faedah-faedah umum dan yang terpenting di dalamnya, ciri istimewanya, atau yang lainnya.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net