Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Bangkit dan Runtuhnya Dinasti Mamluk di Mesir dan Syam

Bangkit dan Runtuhnya Dinasti Mamluk di Mesir dan Syam
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.3 x 16.3 x 3.6

ISBN: 9789795928072
Availability: In Stock
Price: RM100.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Bangkit dan Runtuhnya Dinasti Mamluk di Mesir dan Syam | Judul Asal (‘Arab): Tarikh Al-Mamalik fi Mishr wa Biladisy Syam | Penulis/Penyusun: Dr. Muhammad Suhail Thaqqus | Ta’liq/Syarah: Penyusun | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Masturi Irham | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 1.2kg | Muka Surat: 799m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.3cm (tinggi) x 16.3cm (lebar) x 3.6cm (tebal) | ISBN: 978-979-592-807-2 |


Salah satu jejak dan rakaman sejarah pemerintahan kaum muslimin yang pernah berkuasa mewarnai dunia pada masa lalu adalah Kerajaan Mamluk. Mamluk (atau jamaknya disebut sebagai Mamalik) adalah golongan hamba berkulit putih (dari kalangan Turki) yang dibeli oleh khalifah/penguasa dari pasar-pasar penjualan hamba, kemudian mereka (para hamba ini) dilatih dan dibentuk ke dalam satu pasukan ketenteraan khas dengan tujuan menjadi pasukan penjaga khalifah yang berkuasa pada era tersebut.

Dalam literatur sejarah, dinasti Mamluk ini terbahagi menjadi dua: (yakni) Mamluk Bahri dan Mamluk Burji. Mamluk Bahri (laut) ditempatkan di pulau-pulau atau kawasan perairan, manakala Mamluk Burji (menara) ditempatkan di daratan di menara-menara kawalan khas untuk memantau pergerakan para musuh. Keberadaan golongan Mamluk ini telah bermula semenjak era kekhalifahan Bani Abbasiyyah.

Buku ini memaparkan sejarah dinasti Mamluk Bahri dan Mamluk Burji di dua wilayah dunia Islam, yakni Mesir dan Syam. Dia wilayah tersebut adalah pusat pergerakan dan peradaban Islam pada masa lalu, dengan segala warna-warni dan kegemilangan sejarahnya, yang sampai hari ini masih dapat dilihat jejak dan kesannya. Peninggalan-peninggalan dinasti Mamluk yang berupa artifak-artifak sejarah, pelbagaai rekaan bangunannya yang gah, khazanah manuskrip ilmu, dan seumpanya yang lain masih dapat dilihat di dua wilayah tersebut yang merupakan lambang peradaban umat manusia pada era tersebut.

Dinasti Mamluk dengan barisan tokoh-tokohnya yang terkenal seperti Zahir Baybars, Qalawun Ash-Shalihi, dan Saifuddin Al-Quthuz adalah di antara nama-nama besar yang masih disebut-sebut wibawa dan jasa-jasanya. Mereka adalah di antara tokoh-tokoh penting di sebalik kegemilangan pemerintahan kaum muslimin pada zaman tersebut. Nama-nama mereka turut tercatat dalam lipatan literatur sejarah barat/eropah sebagai tokoh pemimpin Islam yang sangat disegani.

Dinasti Mamluk, sebuah kemunculan yang sangat epik, sebuah pemerintahan yang bangkit dari kalangan hamba, sebuah kegemilangan yang terus disebut-sebut... Pelbagai pelajaran dan pengajaran dapat ditekuni hasil dari kebangkitan, kegemilangan, dan kejatuhannya kerajaan Mamluk. Sebuah kajian dan karya sejarah yang tidak harus dilepaskan oleh para pengkaji dan pencinta sejarah dunia-dunia Islam.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net