Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sifat Tidur Nabi, Doa dan Dzikir serta Adab-adabnya

Sifat Tidur Nabi, Doa dan Dzikir serta Adab-adabnya
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 14 x 9 x 0.3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM3.50
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sifat Tidur Nabi, Doa dan Dzikir serta Adab-adabnya | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Siroj Hardian | Ta’liq/Syarah: Penyusun | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Penyusun | Penerbit: Pustaka Ibnu Umar | Berat: 0.04kg | Muka Surat: 63m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 14cm (tinggi) x 9cm (lebar) x 0.3cm (tebal) | ISBN:  - |


Bahawasanya Islam sebagai agama yang sempurna benar-benar memberi perhatian yang sangat besar kepada manusia dalam segenap urusannya 

baik dalam urusan agama mahupun dunianya. Baik di saat lapang mahupun sempit, di saat tidur mahupun jaga, di kala musafir mahupun ketika menetap, di saat makan dan minum mahupun setelahnya, di saat suka mahupun duka. Tidak ada satu perkara pun, baik kecil mahupun besar, melainkan telah dijelaskan dengan terang oleh Islam.

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam telah memberikan contoh dan teladan kepada umatnya baik melalui ucapan mahupun perbuatannya terhadap etika bagi seorang muslim dan muslimah dalam segala aktivitinya, termasuklah di dalamnya terkait adab-adab tidur. Sehingga dengan hal tersebut bagi seorang muslim, di kala tidur mahupun jaga, ketika makan mahupun ketika buang air, semuanya akan membuahkan nilai pahala dari sisi Allah Subhaanahu wa Ta’ala, tidak hanya ketika solat atau pun ketika puasa.

Melalui buku ini diperjelaskan pelbagai adab-adab tidur dimulai dari bersuci dengan wudhu’, kemudian adab memperkemas dan mengibaskan tempat tidur, adab meletakkan posisi tidur yang dicontohkan Nabi, posisi tangan ketika tidur, doa-doa dan dzikir-dzikir yang dianjurkan agar dibaca ketika atau sebaik hendak tidur, muhasabah diri, etika seandainya mendapat mimpi yang buruk, sunnah ketika terjaga di tengah malam, dan beberapa lagi yang lainnya.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net