Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tolak Bala Dengan Istighfar

Tolak Bala Dengan Istighfar
Terbitan: Aqwam
Product Code: Aqwam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.4 x 13.9 x 0.6

ISBN: 9789793653822
Availability: In Stock
Price: RM16.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tolak Bala Dengan Istighfar | Judul Asal (‘Arab): Al-Istighfaar | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Mushthofa Al-‘Adawi | Ta’liq/Syarah: Penyusun | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Muhammad Suhadi | Penerbit: Aqwam | Berat: 0.3kg | Muka Surat: 151m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.4cm (tinggi) x 13.9cm (lebar) x 0.6cm (tebal) | ISBN: 978-979-3653-82-2 |


Fakta sejarah mengkhabarkan kepada kita bahawa dosa itu mendatangkan malapetaka dan bencana. Disebabkan pelbagai ulah dan tangan-tangan 

manusia dari kalangan umat terdahulu, ada di antara mereka yang dihujani batu berapi, disambar petir, diterbalikkan dan dibenamkan ke dalam bumi, ditenggelamkan ke dalam lautan, diserang suara guntur yang mematikan, ditimpa banjir besar, diterpa angin dan ribut yang sangat dingin, dan ada lagi yang lainnya yang mengerikan. Ini semua sebagaimana telah dikhabarkan melalui wahyu berupa kitab suci Al-Qur’an.

Tidak berbeza jauh dengan keadaan sekarang, sebahagian gambaran bencana dan musibah sebagaimana dikhabarkan wahyu tersebut sesekali ditampakkan kepada kita. Ini semua tidak lain, antaranya kerana perbuatan maksiat yang tidak diiringi dengan taubat. Ketika musibah dan bencana diturunkan oleh Allah, sebarang kemajuan sains dan teknologi tidak lagi mampu menahan, tidak lagi membuahkan manfaat.

Pernahkah kita berfikir, bahawa pelbagai musibah dan bencana tersebut masih mampu ditahan dan ditolak?

Jika sebab utama dari bencana adalah kerana dosa dari tangan-tangan manusia, bukankah Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyediakan pintu keampunan bagi kita semua melalui permohonan istighfar? Ya, dengan istighfar!

Istighfar adalah terapi yang sangat bermanfaat, memiliki kekuatan dan keupayaan untuk menahan pelbagai musibah dan malapetaka, bahkan istighfar mampu menjadi sebab turunnya ketenangan, kebahagiaan dan pelbagai kenikmatan baik di dunia mahupun di akhirat. Inilah yang akan kita telusuri melalui buku ini.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net