Judul: Begini Seharusnya Mengagungkan Rasulullah, Menguak Rahasia Keagungan & Keteladanan Rasulullah | Judul Asal (‘Arab): Haqiiqatu Syahadah Anna Muhammad Rasulullah... | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Muhammad Alu Syaikh | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Izzudin Karimi | Penerbit: Pustaka Imam Bonjol | Berat: 0.2kg| Muka Surat: 127m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 17.5cm (tinggi) x 12.4cm (lebar) x 0.7cm (tebal) | ISBN: 978-602-0871-16-5 |
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah individu yang menyinar dan teladan ma’shum yang konsisten benar dalam bicara dan jujur pula dalam setiap tindakannya. Dari itulah setiap Muslim wajib mengagungkan, memuliakan, mencintai dan mengikuti beliau secara zahir mahupun batin, di mana ianya adalah separuh dari kesan mengimani syahadat (kesaksian) terhadap Rasulullah. Mengimani Rasulullah sebagai utusan Allah adalah ibadah yang paling agung dan tunjang agama yang paling asas.
Sayang sekali, keagungan dan kemuliaan Rasulullah kadang dirosak oleh sebahagian kaum Muslim dengan sikap sama ada kemelampauan (ekstrim) atau tindakan meremehkan; yang mana kedua-duanya ini jelas menodai hak-hak Rasulullah dan mencemarkan ketulusan syahadat. Padahal syahadat (kesaksian) terhadap Muhammad Rasulullah mengandungi kesan pengaruh bahawa beliau adalah manusia yang tidak boleh diangkat ke darjat Tuhan dan tidak pula boleh didustakan.
Dengan demikian, menempatkan Rasulullah pada kedudukan yang telah diberikan oleh Allah Ta’ala merupakan cara mengagungkan, memuliakan dan mencintai Rasulullah yang paling benar. Dan merekalah yang dianggap benar-benar umat Rasulullah, bahkan merekalah kelompok yang berhak mendapatkan syafa’atnya dan meraih kedekatan dengannya di Syurga.
Mari sama-sama kita fahami dengan lebih jelas bagaimana hakikat memuliakan, mengagungkan dan mencintai Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan cara yang benar.
Semoga bermanfaat.