Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Keterasingan Islam (Penjelasan Hadis Islam Bermula Dalam Keadaan Asing)

Keterasingan Islam (Penjelasan Hadis Islam Bermula Dalam Keadaan Asing)
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Pustaka Dhiya'ul Ilmi
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.5 x 14 x 0.6

ISBN: 9786028013369
Availability: In Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Keterasingan Islam (Penjelasan Hadis Islam Bermula Dalam Keadaan Asing) | Judul Asal (‘Arab): Bada’il Islaamu Ghoriiban... | Penulis/Penyusun: Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) | Tahqiq/Takhrij: Team Dhiya’ul ‘Ilm | Penterjemah: Mubarak bin Mahfudh Ba Mu’allim | Penerbit: Pustaka Dhiya’ul ‘Ilm | Berat: 0.3kg| Muka Surat: 131m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.5cm (tinggi) x 14cm (lebar) x 0.6cm (tebal) | ISBN: 978-602-8013-36-9 |


Dari hadis Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا، فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

“Islam itu datang dalam keadaan asing (dilihat aneh), dan kelak ia akan kembali asing (dilihat aneh) sebagaimana awal ketika ia datang. Maka beruntunglah mereka yang dianggap asing (aneh kerana mengamalkan Islam yang benar).” (Shahih Muslim, no. 145)

Dalam riwayat yang lain:

فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ الَّذِينَ يُصْلِحُونَ مَا أَفْسَدَ النَّاسُ

“Maka beruntunglah mereka yang dianggap asing (kerana mengamalkan ajaran Islam), iaitu orang-orang yang melakukan ish-lah (pembaikan dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam yang benar) di ketika manusia berkeadaan rosak.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2630. At-Tirmidzi mensahihkannya)

Dalam riwayat yang lain:

إِنَّ الْإِسْلَامَ بَدَأَ غَرِيبًا، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ، فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ "، قِيلَ: وَمَنِ الْغُرَبَاءُ ؟ قَالَ: " النُّزَّاعُ مِنَ الْقَبَائِلِ

“Sesungguhnya Islam itu bermula dalam keadaan asing (ganjil) dan akan kembali asing sebagaimana asal mula datangnya. Maka beruntunglah mereka yang dianggap asing (aneh dan pelik kerana mengamalkan ajaran Islam yang benar).” (Para sahabat) bertanya:

“Siapakah Al-Ghuroba’ (golongan yang asing) itu?” Rasulullah bersabda, “Orang-orang yang menjauhi sikap berpuak-puak.” (Musnad Ahmad, no. 3784. Kata Syu’aib al-Arnauth, “Isnadnya sahih di atas syarat Muslim”)

Inilah pokok perbahasan yang dibahaskan melalui buku ini. Yakni perbahasan tentang awal datangnya Islam dalam keadaan yang asing (dilihat berkedaan aneh dan pelik, kerana berbeza dengan amalan masyarakat kebanyakan).

Dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam turut mengkhabarkan bahawa, kelak Islam akan kembali menjadi asing atau ghariib di kalangan manusia sebagaimana asal ia datang mula-mula dulu.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net