Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Al-Jadid, Penjelasan Lengkap Kitab Tauhid Imam Muhammad bin Abdul Wahhab

Al-Jadid, Penjelasan Lengkap Kitab Tauhid Imam Muhammad bin Abdul Wahhab
Terbitan: Pustaka Imam Bonjol
Product Code: Pustaka Imam Bonjol
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 15.6 x 3.9

ISBN: 9786026360205
Availability: In Stock
Price: RM70.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Al-Jadid, Penjelasan Lengkap Kitab Tauhid Imam Muhammad bin Abdul Wahhab | Judul Asal (‘Arab): Al-Jadiid fi Syarhi Kitaabit Tauhiid | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil ‘Aziz As-Sulaiman Al-Qar’awi | Tahqiq/Takhrij: Asy-Syaikh Muhammad bin Ahmad Sayyid Ahmad | Penterjemah: ‘Abdurrahman Nuryaman | Penerbit: Pustaka Imam Bonjol | Berat: 1.5kg| Muka Surat: 694m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24cm (tinggi) x 15.6cm (lebar) x 3.9cm (tebal) | ISBN: 978-602-6360-20-5 |


Kitab Tauhid adalah karya fenomena yang paling mendapat tempat dalam kalangan ahli ilmu yang memperjuangkan tauhid di era ini. Kitab Tauhid disusun oleh Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab rahimahullah (Wafat: 1206H). Telah banyak para ulama yang mensyarah dan menjelaskan kandungan-kandungannya agar ilmu yang terkandung di dalamnya dapat disampaikan, difahami, dan dipelajari oleh para penuntut ilmu dan seluruh kaum muslimin secara umum.

Memandangkan kandungannya yang sangat penting dan kaya dengan manfaat, Kitab Tauhid ini pun disyarah dan diajarkan oleh ramai sekali dari kalangan ulama. Malah kitab ini turut telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia serta tersebar ke seantero negara-negara dunia, termasuklah ke negara kita.

Kitab ini berisi penjelasan-penjelasan penting terkait ilmu tauhid, keutamaannya, huraian syahadatain, kemudian diikuti penjelasan terkait banyak sekali perkara-perkara yang boleh mencemarkan dan membatalkan tauhid.

Adapun kitab yang ada di depan kita ini adalah salah satu dari karya yang cukup bermanfaat, yang merupakan salah satu karya yang telah mensyarah dan menjelaskan kandungan-kandungan dari Kitab Tauhid. Ia adalah edisi terjemahan dari kitab yang berjudul Al-Jadiid fi Syarhi Kitabit Tauhid susunan Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil ‘Aziz As-Sulaiman Al-Qar’awi.

Di antara keistimewaan syarah ini adalah pada ketelitian dan kedetailan penjelasannya, namun mampu disampaikan dalam bahasa yang santai, ringkas, mudah dan tuntas. Penjelasan dibuat secara perkataan demi perkataan, khasnya pada makna setiap kosa-kata yang asing, kemudian diikuti penjelasan global ayat per ayat, baik pada ayat Al-Qur’an, hadis, mahupun atsar. Setelah itu diikuti pula faedah-faedah yang dapat dipetik dari ayat dan penjelasan yang dikemukakan, hubungan dalil-dalil dengan judul bab, serta beberapa poin-poin penting yang dapat diambil dari kandungan bab yang dibahaskan.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net