Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ensiklopedi Zakat – Zakat Harta (Emas, Perak, Mata Wang), Zakat Perniagaan dan Perladangan, Zakat Fitrah dan Sedekah Sunnah

Ensiklopedi Zakat – Zakat Harta (Emas, Perak, Mata Wang), Zakat Perniagaan dan Perladangan, Zakat Fitrah dan Sedekah Sunnah
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.6 x 15.6 x 3.6

ISBN: 9786026360205
Availability: In Stock
Price: RM70.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ensiklopedi Zakat – Zakat Harta (Emas, Perak, Mata Wang), Zakat Perniagaan dan Perladangan, Zakat Fitrah dan Sedekah Sunnah | Judul Asal (‘Arab): Az-Zakaah fil Islaami fi Dhau’il Kitaabi wa As-Sunnah | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Dr. Sa’id bin Wahf Al-Qahthani | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Muhammad Yusof | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 1.3kg| Muka Surat: 654m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 23.6cm (tinggi) x 15.6cm (lebar) x 3.6cm (tebal) | ISBN: 978-602-6360-20-5 |


Salah satu bukti kesempurnaan ajaran Islam adalah dengan adanya konsep zakat serta sedekah dalam urusan harta. Sebagaimana dimaklumi, agama Islam tidak hanya mengatur hubungan antara makhluk dengan Penciptanya, namun ia juga mengatur dan menjaga hubungan yang sempurna di antara sesama manusia.

Dengan pensyari’atan zakat, pelbagai permasalahan wang, harta dan sosial dalam masyarakat mampu ditangani, dan hubungan antara golongan berharta dengan golongan yang kurang berkemampuan akan tetap terjalin dengan baik lagi harmoni. Suasana bantu-membantu akan terus subur dan membuahkan pahala.

Amalan sedekah dan zakat mendidik jiwa agar mencintai akhirat, mengasihi orang-orang miskin, sekaligus mengikis kecintaan terhadap kehidupan materialistik yang mementingkan diri.

Buku Ensiklopedi Zakat ini akan membantu masyarakat untuk lebih celik, lebih memahami, dan lebih prihatin terhadap amalan zakat dan sedekah secara benar dan syar’i. Buku ini menjelaskan secara ilmiyah berpandukan Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan diiringi penjelasan para ulama dari generasi awal dan masa kini. Para pembaca antaranya akan dibawa untuk memahami makna zakat secara terperinci, jenis-jenis harta yang wajib dikeluarkan zakat, jumlah harta dan waktu mengeluarkan zakat, cara mengeluarkan zakat, golongan yang layak menerima zakat, dan cara-cara pengagihan zakat.

Buku ini juga sangat sesuai dijadikan sebagai buku rujukan penting dalam perbahasan zakat dan sedekah memandangkan kandungan perbahasannya yang ilmiyah dan akdemik, seakan sebuah thesis besar dan khas terkait fiqh zakat.

Di antara kandungan dan cakupan perbahasan buku ini secara garis besar:

1, Mukaddimah zakat, dan makna zakat secara bahasa dan istilah.

2, Kedudukan zakat dalam Islam diikuti faedah dan manfaatnya.

3, Syarat-syarat wajib zakat, jenis-jenis harta dan cara menghitung zakat.

4, Zakat dalam harta Hutang piutang.

5, Jenis-jenis zakat; Zakat haiwan ternakkan, zakat hasil bumi, zakat atsman (tukaran jual beli; emas, perak dan mata wang), zakat barang dagangan, zakat fithr/fitrah.

6, Perbahasan terkait zakat perhiasan, adakah diwajibkan zakat?

7, Golongan penerima zakat.

8, Sedekah sunnah (yang bukan wajib) dalam Islam.

Semoga bermanfaat.

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net