Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Dzikir Jama'i Yang Sunnah dan Bid'ah

Dzikir Jama'i Yang Sunnah dan Bid'ah
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 19 x 12.8 x 1.1

ISBN: 9789793772026
Availability: In Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Dzikir Jama’i Yang Sunnah dan Bid’ah | Judul Asal (‘Arab): Adz-Dzikru Al-Jama’i baina Al-Ibtida’ wal-Ibtida’ | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Dr. Muhammad bin ‘Abdurrohman Al-Khumais | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Husnul Yaqin dan Muhammad Isnani | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 0.2kg| Muka Surat: 253m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 19cm (tinggi) x 12.8cm (lebar) x 1.1cm (tebal) | ISBN: 978-979-3772-02-6 |


Dalam kehidupan ini, sudah tentu kita ingin mengisi setiap hari-hari kita dengan aktiviti yang bermakna. Dan perlu kita ketahui bahawa tiada amal yang lebih mulia bagi seseorang hamba melebihi ibadah kepada Allah. Dan berdzikir kepada Allah merupakan salah satu bentuk amal ibadah yang mulia dan sangat-sangat dianjurkan.

Namun, dalam keadaan kebaikan dzikir yang sangat mulia dan dianjurkan tersebut, terdapat sebuah fenomena dzikir yang asalnya aneh tetapi kini mula menjadi masyhur dan diamalkan di tengah-tengah masyarakat!

Fenomena tersebut adalah mengadakan upacara dzikir tertentu secara berjama’ah dan bermai-ramai. Ditambah pula dengan laungan suara dzikir berlagu yang dilaungkan mendayu-dayu. Golongan mereka ini mengemukakan pelbagai dalil dan hujah bagi menguatkan tindakan tersebut. Kemudian lebih parah lagi, saat ini muncul pula amalan dzikir sambil menari dan berjoget!?

Oleh sebab itulah buku ini disusun oleh penulis, dan kini kami terjemahkan untuk tatapan, bacaan dan sebagai buah kajian kalangan masyarakat. Tindakan, amalan, dan fenomena dzikir berjama’ah yang semakin menyebar luas ke serata dunia kini dijawab dengan hujah-hujah yang tuntas berpandukan dalil-dalil yang terpercaya berserta kefahaman ahlus sunnah wal-Jama’ah dan fatwa-fatwa para ulama dulu dan masa kini.

Dalam zaman yang penuh kecanggihan ini, kebenaran tidak dapat lagi disembunyikan. Ilmu-ilmu berkaitan Al-Qur’an dan hadis kini rancak disebarkan ke serata dunia bagi tujuan membasmi kebatilan dan penyimpangan dalam mengambil dan memahami agama.

Buku ini membahaskan persoalan Fenomena Dzikir Jama’i bermula dari pengertiannya, asal-usulnya, popularitinya di kalangan umat Islam, dan kemudian dengan mengetengahkan hujah-hujah pencerahan bagi menjernihkan situasi sebenar dalam berdzikir.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net