Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Lathaa-iful Ma'aarif, Agenda Ibadah Muslim dalam Setahun [Karya Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H)]

Lathaa-iful Ma'aarif, Agenda Ibadah Muslim dalam Setahun [Karya Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H)]
Terbitan: Al Qowam
Product Code: Al-Qowam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.8 x 18 x 3.4

ISBN: 9786028417808
Availability: In Stock
Price: RM100.00 RM88.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Lathaa-iful Ma’aarif, Agenda Ibadah Muslim dalam Setahun | Judul Asal (‘Arab): Latha-iful Ma’aarif fiimaa li mawasim Al-‘Aam min Al-Wazhaa-if | Penulis/Penyusun: Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (wafat: 795H) | Tahqiq/Takhrij: Yasin Muhammad As-Sawas | Penterjemah: Yusuf Sidiq | Penerbit: Al-Qowam | Berat: 1.4kg| Muka Surat: 654m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.8cm (tinggi) x 18cm (lebar) x 3.4cm (tebal) | ISBN: 978-602-8417-80-8 |


Inilah salah satu karya hebat Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H). Beliau (penulis) adalah seorang tokoh bernama nama besar dalam dunia kesarjanaan ilmu ahli sunnah wal-jama’ah. Terkenal dengan penguasaan yang mengangumkan dalam pelbagai cabang ilmu terutamanya dalam bidang ilmu hadis dan dikatakan sebagai orang yang paling faham pada zamannya dalam hal-ehwal periwayatan hadis dan susur-galur jalan-jalan sanadnya. Beliau termasuk orang-orang yang sangat sibuk dengan ilmu sehingga menjadikan beliau faqih dan jaguh dalam bidangnya.

Majlis-majlis ilmunya begitu meluluhkan dan menundukkan hati-hati yang menghadirkan diri menurut kata Al-Imam Ibnu Nashiruddin rahimahullah. Manusia dari kalangan penuntut ilmu berkumpul padanya dan menjadikan beliau sebagai tempat rujukan dan sumber ilmu. Ibnu Rajab Menguasai Al-Qur’an dengan pelbagai periwayatan dan kaedah bacaan.

Kitab-kitab beliau tersebar luas ke suluruh dunia dan sampai kepada kita hari ini. Karya tulis beliau terus segar menjadi rujukan, hujjah dan penunjuk jalan bagi kalangan umat terkemudian. Yang antaranya adalah kitab beliau ini, iaitu “Lathaa’if al-Ma’aarif fiimaa li Mawasim al-‘Aam min Al-Wazhaa’if”.

Beliau adalah Syaikh Al-Islam Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H). Dan salah seorang guru beliau adalah Al-Hafiz Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) yang juga sangat terkenal dan tidak asing lagi namanya serta ketokohannya dalam pelbagai cabang ilmu.

Di antara kitab-kitab Al-Hafiz Ibnu Rajab lainnya yang cukup terkenal adalah Jaami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, Syarh Shahih Al-Bukhari (tamat sehingga Kitab Al-Jana’iz), Syarh ‘Ilal At-Tirmidzi, Al-Qowa’id Al-Fiqhiyah, dan banyak lagi lainnya.

Adapun buku beliau yang telah siap diterjemahkan dan berada di hadapan kita ini adalah salah satu buku beliau yang cukup harum namanya. Sangat menjadi rujukan dan panduan buat para ilmuan dan kalangan penuntut ilmu. Ia merupakan sebuah buku yang sarat dengan kata nasihat, hadis-hadis Nabi, tafsir ayat-ayat Al-Qur’an, keutamaan dan amalan-amalan sunnah berdasarkan orientasi bulan-bulan hijriyyah, atsar-atsar (atau mutiara) para salaf, amalan-amalan sunnah yang menjadi pegangan para salaf, nukilan kisah-kisah sejarah di zaman salaf, penekanan prinsip-prinsip dalam beragama, peringatan-peringatan terhadap bahayanya menyimpang dari agama, contoh-contoh amalan kaum yang menyimpang tetapi dianggap benar, penjelasan tentang manhaj dalam beramal, dan diakhiri dengan tulisan tentang seruan untuk segera bertaubat sebelum pergi menemui Allah.

Secara garis besarnya, penulis memulakan kitabnya dengan perbahasan keutamaan dzikir mengingat Allah, keutamaan majlis-majlis dzikir, keutamaan majlis ilmu. Kemudian masuk kepada perbahasan prinsip-prinsip dalam beramal. Penulis membahaskan di dalamnya amalan-amalan sunnah berdasarkan susunan bulan sebagai fokus besarnya. Sehingga para pembaca dapat meraih manfaat yang cukup luas dari aspek kepelbagaian amalan sunnah mengikuti bulan-bulan hijriyyah sepanjang tahun, sejarah-sejarah dan jejak para salaf yang berlaku dalam bulan-bulan berkaitan turut disingkap dan dipaparkan, diikuti pesan-pesan para salaf berhubung bulan-bulan tersebut, rentetan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan-bulan tersebut, dan pelbagai lagi lainnya termasuk hal-hal berkaitan penyucian jiwa, tahdzir dan peringatan, diiringi pula dengan penjelasan pentingnya prinsip, manhaj, dan aqidah.

Selain itu, isu hangat seperti bid’ah-bid’ah yang dianggap sebagai sebahagian dari agama oleh sebahagian kelompok sesat juga turut dibahaskan dengan mengikuti tema perbahasan bulan-bulan hijriyyah. Dan beliau akhiri kitab beliau ini dengan perbahasan taubat dan seruan agar bersegera kepadanya sebelum berakhirnya usia.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net