Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sabar Anugerah Terindah karya Syaikh Salim bin 'Id Al-Hilali

Sabar Anugerah Terindah karya Syaikh Salim bin 'Id Al-Hilali
Sabar Anugerah Terindah karya Syaikh Salim bin 'Id Al-Hilali
Terbitan: Pustaka Dhiya'ul Ilmi
Product Code: Pustaka Dhiya'ul Ilmi
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 0.4 x 14.1 x 20.5

ISBN: 9786028013277
Availability: In Stock
Price: RM20.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sabar Anugerah Terindah | Judul Asal (‘Arab): Ash-Shobrul Jamiil fii Dhaw’il Kitaabil Kariimi wa Sunnati Ash-Shahiihah | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Salim bin ‘Id Al-Hilali | Tahqiq/Ta’liq/Takhrij: Penulis | Syarah: Penulis | Penterjemah: Beni Sarbeni | Penerbit: Pustaka Dhiya’ul Ilmi | Berat: 193g | Muka Surat: 164m/s. | Ukuran buku: 20.5cm (tinggi) x 14.1cm (lebar) x 0.4cm (tebal) | ISBN: 978-602-8013-27-7 |


Orang yang beriman itu sifatnya anjal dan fleksibel, dia mampu menyerap pelbagai tekanan dan perubahan yang berlaku di persekitarannya terhadap dirinya dengan tenang dan penuh wibawa.

Sifat orang beriman itu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan, dia beriman dengan qadha dan qadar Allah Subhanahu wa Ta’ala dan menyikapinya dengan penuh ketundukan dan lapang dada. Kerana orang yang beriman itu sebagaimana yang dikatakan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di mana dia sentiasa dalam keadaan yang baik sama ada ketika diberi nikmat atau ketika ditimpa ujian. Mafhum kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagaimana dalam hadis beliau,

“Orang yang beriman itu sungguh menakjubkan, ketika dia diberi nikmat yang menyenangkan dia bersyukur, sedang jika dia tertimpa ujian dia bersabar. Semua itu adalah baik baginya.”

Orang yang bersyukur akan ditambah nikmat untuknya (ketika di dunia dan di Syurga), dan mendapat kecintaan dari Allah..., sedang orang yang sabar pula akan diberikan pahala tak terhitung, ketinggian darjat, dan diampunkan pula dari dosa-dosanya.

Apa dia yang dimaksudkan dengan sabar? Sabar itu adalah dengan tetap istiqomah di atas Al-Haq (kebenaran), yakni sabar untuk tetap mentaati Allah dan sabar untuk meninggalkan segala larangan-larangannya, sama ada ketika senang atau ketika susah, dan dia sentiasa bersedia dan redha dalam menghadapi setiap taqdir ketentuan Allah terhadapnya.

Semua ini Alhamdulillah dijelaskan dengan terperinci melalui buku ini, dari karya tulisan Asy-Syaikh Salim bin ‘Id Al-Hilali hafizhahullah.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net