Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah

Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah
Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah
Terbitan: Pustaka Dhiya'ul Ilmi
Product Code: Pustaka Dhiya'ul Ilmi
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 0.7 x 14.2 x 20

ISBN: 9786028013123
Availability: In Stock
Price: RM16.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah | Judul Asal (‘Arab): Rifqaan Ahlas Sunnah bi Ahlis Sunnah | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh ‘Abdul Muhsin bin Hamd Al-‘Abbad Al-Badr hafizhahullah | Tahqiq/Ta’liq/Takhrij: Penulis | Syarah: Penulis | Penterjemah: Dr. Ali Musri Semjan | Penerbit: Pustaka Dhiya’ul Ilmi | Berat: 149g | Muka Surat: 116m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20cm (tinggi) x 14.2cm (lebar) x 0.7cm (tebal) | ISBN: 978-602-8013-12-3 |


Ada dua perkara yang perlu kami catatkan berkaitan buku ini. Pertama, pengenalan kepada pengarang buku ini iaitu Asy-Syaikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbad Al-Badr hafizhahullah dan kandungan buku ini seterusnya.

Asy-Syaikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbad

Beliau masih belum dikenali di tanah air kita. Pertama, mungkin kerana beliau tidak pernah menziarahi Malaysia atau menerima sebarang anugerah dari pihak pemerintah negara kita seperti Dr. Yusuf Al-Qaradhawi atau Dr. Wahbah Az-Zuhaili. Buku-buku beliau juga belum pernah diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

Pun begitu, di kalangan pencinta ilmu di luar negara namanya begitu masyhur. Dek kerana gah dan masyuhurnya nama beliau ini, ada di antara sahabat-sahabat di sini mendedikasikan nama anaknya sempena nama Syaikh ini.

Beliau mengarang begitu banyak buku, rencana dan mengadakan banyak siri kuliah pengajian agama. Semua ini tercatat dalam biografi ringkas yang disertakan dalam naskah ini. Beliau pernah menjawat jawatan rektor Universiti Islam Madiah.

Antara ulama yang merekomendasi beliau sebagai guru termasuk; Al-Imam ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz rahimahullah, Syaikh Hammad Al-Anshari rahimahullah, Syaikh Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafidzahullah dan ulama hadis dari Yaman Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i.

Adapun Syaikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbad hafizahullah ini sendiri adalah di antara barisan ulama hadis paling senior di Madinah saat ini.

Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah

Kata pepatah Arab “Lembutkanlah kata-kata, nescaya ia akan melembutkan hati.”

Asal dakwah itu adalah dengan berlemah-lembut. Tegas atau berkeras perlu hanya pada situasi-situasi yang tententu sahaja. Sekeras dan setegar Fir’aun, Allah perintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berdakwah dengan kata-kata yang baik. Sebagaimana yang terakam dalam Surah Thoha, 20: 43-44:

“Pergilah kalian berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampai batas (sesat), maka berbicaralah kalian berdua kepadanya dengan kata-kata lemah-lembut, mudah-mudahan dia mendapat peringatan dan takut (terhadap Allah).”

Manakala ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha meriwayatkan, bahawa Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah berkata:

“Sesungguhnya kelembutan tidak terdapat pada sesuatu melainkan ia akan menjadikannya indah, dan tidak dicabut dari sesuatu melainkan ia akan menjadikannya buruk.” (Shahih Muslim)

Inilah objektif dari kandungan buku ini, yakni menjelaskan bahawa dakwah ahlus sunnah itu asasnya adalah lemah-lembut, mengasihi, dan sangat menginginkan kebaikan untuk yang didakwahi dan yang mendakwahi.

Setelah itu, penulis menjelaskan pula beberapa perbincangan berkaitan sikap dalam menyikapi kesalahan sebahagian da’i dan ulama, dan sikap dalam menyikapi ahli bid’ah. Kemudian penulis bincangkan pula beberapa isu terkait fenomena tahdzir-mentahdzir dan cela-mencela yang berlaku dalam kalangan penuntut ilmu.

Tidak ada gading yang tidak retak, begitulah boleh diibaratkan kepada penuntut ilmu bahkan juga kepada mereka yang bergelar sarjana atau ulama. Yang maksum hanya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Fenomena saling mengkritik dan saling boikot-memboikot di antara satu dengan yang lain tanpa kaedah yang benar dan dilakukan pula secara tergesa-gesa adalah fenomena yang amat menyedihkan, menjadikan barisan ahlus sunnah berselisih, dan menjadikan para penuntut ilmu terhalang dari fokus sebenar mereka yakni menuntut ilmu.

5 Skop utama kandungan buku ini adalah sebagaimana berikut:

1, Nikmat bertutur-kata dan berbicara.

2, Sikap buruk saling berprasangka dan mencari-cari kesalahan.

3, Pentingnya berkasih-sayang dan lemah lembut.

4, Sikap Ahlus sunnah terhadap kesalahan ulama.

5, Fenomena tahdzir, celaan, dan tohmah-mentohmah sesama ahlus sunnah dan jalan penyelesaiannya.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net