Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tarikh At-Tasyri' Al-Islami, Sejarah Pensyari'atan Hukum-hakam Dalam Islam

Tarikh At-Tasyri' Al-Islami, Sejarah Pensyari'atan Hukum-hakam Dalam Islam
Tarikh At-Tasyri' Al-Islami, Sejarah Pensyari'atan Hukum-hakam Dalam Islam
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 3.2 x 17.9 x 24.5

ISBN: 9786026579331
Availability: In Stock
Price: RM70.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sejarah Legislasi Hukum-hukum Islam | Judul Asal (‘Arab): Taariikh At-Tasyrii’ Al-Islaamiy (Sejarah Pensyari’atan Hukum-hukum Islam) | Penulis/Penyusun: Syaikh Manna’ Khalil Al-Qaththan | Tahqiq/Ta’liq: Penulis | Syarah: Penulis | Penterjemah: Habibussalam | Penerbit: Ummul Qura | Berat: 1081g | Muka Surat: 624m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5cm (tinggi) x 17.9cm (lebar) x 3.2cm (tebal) | ISBN: 978-602-6579-33-1 |


Tarikh Tasyri’ (sejarah pensyari’atan) adalah disiplin ilmu yang dekat hubungannya dengan ilmu fiqh mahupun ushul fiqh. Objektif dari ilmu ini adalah untuk mengetahui latar-belakang munculnya suatu hukum, atau sebab-sebab ditetapkannya suatu hukum Syari’ah.

Pengajian dalam bidang Tarikh At-Tasyri’ ini akan membawa kita untuk memahami rincian dan metode penetapan hukum bagi sesuatu permasalahan yang terjadi pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, era khulafa’ur Rasyidin dan para sahabat, kemudian pada era para tabi’in. Untuk mendalami dan memahami salah satu metode istinbath dan kaedah-kaedah pendalilan hukum, mahu tidak mahu, para ahli ilmu harus mampu menguasai sejarah perkembangan hukum-hukum Islam dari fasa awal Islam hingga ke saat ini. Maka dalam hal ini akan diperlukan historiografi dan klasifikasi yang benar-benar sistematik. Inilah ruang dan cakupan yang terkandung pada pengajian Tarikh At-Tasyri’.

Secara garis besar, dengan mempelajari dan memahami Tarikh At-Tasyri’ akan dapat membantu dalam beberapa perkara penting seperti:

> mengetahui latar belakang pensyari’atan dan pengamalan hukum islam, berikut turutannya.

> mempelajari perkembangan fiqh atau fatwa, seraya dalam masa sama akan membawa kita mempelajari pemikiran/mazhab para ulama yang telah melakukan ijtihad dengan segala kemampuan yang dimilikinya.

> mempelajari sebab-sebab pendalilan dan kesimpulan-kesimpulan para ulama dalam ijtihadnya, sekaligus metode dan kaedah yang digunakan serta dikembangkan oleh mereka.

> mempelajari sejarah hukum Islam sehingga, (sekurang-kurangnya) akan dapat memupuk sikap toleransi dalam menyikapi perbezaan dalam kalangan ahli ilmu, tidak mudah menghukum, dan dapat memahami sebab-sebab mengapa perbezaan pendapat dalam kalangan ulama terjadi.

Dengan mempelajari Tarikh At-Tasyri’, para penuntut ilmu juga akan dididik dan diajak mempelajari serta menguasai sejarah perkembangan mazhab-mazhab fiqh Islam. Ini kerana, melalui pengajian Tarikh At-Tasyri’ kita akan memahami asas metodologi dan sejarah perkembangan pemikiran, mazhab, dan ijtihad para ulama untuk waktu atau kurun tertentu.

Dengan sebab itu juga, kita akan dapati pada buku ini turut memuatkan biografi para fuqaha’ yang ternama di setiap zamannya.

Semoga dengan mempelajarinya atau sekurang-kurangnya dengan memahaminya secara asas, ia akan mampu membangkitkan dan menghidupkan kembali semangat untuk mempelajari dan mengamalkan hukum-hakam syari’at secara cermat dan amanah.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net