Judul: 77 Cabang Keimanan | Judul Asal (‘Arab): Mukhtashar Syu’abil Imaan lil Baihaqi | Penulis/Penyusun: Al-Imam Al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) | Tahqiq/Ta’liq: Syaikh ‘Abdul Qadir Al-Arnauth | Syarah: - | Penterjemah: Muhammad Rasikh | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 225g | Muka Surat: 186m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.4cm (tinggi) x 13.5cm (lebar) x 1.1cm (tebal) | ISBN: 978-979-3772-31-8 |
Iman tidak hanya sekadar ucapan. Imam harus ditancap kuat di dalam hati, diikrarkan dengan lisan, dan dipraktikkan dengan tindakan dalam kehidupan seharian.
Keimanan memberikan pengaruh yang kuat pada setiap tindakan, perbuatan, ucapan, dan pada cara berfikir seseorang. Semakin baik tingkat keimanan seseorang, akan semakin nikmat pula hasilnya, baik kualiti mahupun kuantiti.
Pohon iman yang baik yang dibina berlandaskan benih dan akar keimanan yang benar pasti akan menghasilkan buah yang baik, dan demikian pula jika sebaliknya. Iman yang tertanam dalam diri akan membuahkan gaya hidup yang positif, bersesuaian dengan apa yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala.
Untuk itu, keimanan harus sentiasa dijaga dan diperbaharui, kerana keimanan yang tidak dipupuk, disemai dan dibajai dengan memperbanyak ilmu, amal-amal yang soleh dan ketaatan kepada Allah, ia pasti akan menjadi layu dan mudah terserang dengan penyakit berupa syubhat dan maksiat.
Adapun buku yang hadir di hadapan kita ini adalah merupakan ringkasan dari kitab Syu’abul Iman karya Al-Imam Al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H). Ia diringkaskan oleh Al-Imam Abu Al-Ma’ali Al-Qazwini, kemudian disemak dan ditahqiq manuskripnya oleh Asy-Syaikh ‘Abdul Qadir Al-Arnauth.
Buku ini memuatkan sejumlah dalil tentang cabang-cabang keimanan yang wajib diimani dan diamalkan oleh seorang muslim.
Semoga bermanfaat.