Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Shaidul Khathir Karya Al-Imam Ibn Al-Jauzi

Shaidul Khathir Karya Al-Imam Ibn Al-Jauzi
Terbitan: Maghfirah Pustaka
Product Code: Maghfirah Pustaka
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25.6 x 17.9 x 2.2

ISBN: 9789799846440
Availability: In Stock
Price: RM65.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Shaidul Khathir, Cara Manusia Cerdas Menang Dalam Hidup | Judul Asal (‘Arab): Shaid Al-Khathir | Penulis/Penyusun: Al-Imam Ibn Al-Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) | Tahqiq/Ta’liq: Penulis | Syarah: Penulis | Penterjemah: Samson Rahman | Penerbit: Maghfirah Pustaka | Berat: 0.772kg | Muka Surat: 386m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 25.6cm (tinggi) x 17.9cm (lebar) x 2.2cm (tebal) | ISBN: 978-979-9846-44-0 |


Melalui buku ini, Al-Imam Ibnul Jauzi rahimahullah mengajak kita mengembara menelusuri pelbagai persoalan. Sama ada di bidang ‘aqidah, fiqh, hadis, tazkiyatun nufus (penyucian jiwa), mahupun pemasalahan-permasalahan adab serta akhlak. Beliau membuka lembaran pengembaraan ini dengan nasihat-nasihat ringkas, mudah, lagi berharga. Nasihat-nasihat dan pesan-pesan di dalamnya cukup memberikan kesan yang menusuk jiwa. Mampu memberi pengaruh yang positif dalam menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini.

Penulis (Ibnul Jauzi), selain dikenali melalui karya ini, beliau juga terkenal dengan kitabnya, Talbis Iblis yang memuatkan prinsip-prinsip penting dalam menghadapi kepelbagaian jenis perpecahan, kelompok atas nama agama, dan mengenal jenis-jenis kelompok umat Islam antara satu sama lain, baik yang sesat mahupun yang fitrah di atas al-haq.

Namun buku ini agak berbeza dari karya beliau berjudul Talbis Iblis. Buku Shaidul Khaathir ini memuatkan lebih banyak nasihat-nasihat dan hal-hal yang mampu menundukkan jiwa. Buku yang santai, namun bersulam dengan seni yang menusuk ke dalam hati.

Ia adalah buku yang mampu menjadi motivasi dan memberi dorongan semangat untuk berbuat kebaikan. Melalui buku ini, Al-Imam Ibnul Jauzi mengajak kita untuk sentiasa belajar dan berusaha mendidik jiwa dengan menundukkan hawa nafsu, menjauhi perkara-perkara syubhat,  dan mencintai kebaikan-kebaikan, seraya mengajak para pembaca mengingat kembali tanggungjawab kita saban hari sebelum menuju ke alam kekal abadi.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net