Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Aqidah Thahawiyyah, Syarah Asy-Syaikh Al-Albani

Aqidah Thahawiyyah, Syarah Asy-Syaikh Al-Albani
Aqidah Thahawiyyah, Syarah Asy-Syaikh Al-Albani Aqidah Thahawiyyah, Syarah Asy-Syaikh Al-Albani
Terbitan: Pustaka Ilmu Salaf
Product Code: Pustaka Ilmu Salaf
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.9 x 14.6 x 2.3

ISBN: 9789671443194
Availability: In Stock
Price: RM45.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Aqidah Thahawiyyah, Syarah Asy-Syaikh Al-Albani | Judul Asal (‘Arab): Al-Aqidah Ath-Thahawiyyah bi Syarhi wat-Ta’liq Asy-Syaikh Al-Albani | Penulis/Penyusun: Al-Imam Abu Ja’far Ath-Thahawi rahimahullah (Wafat: 321H) | Tahqiq/Ta’liq: Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah | Syarah: Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah | Penterjemah: Ahmad Jauzi & Hairul Amri bin Amir | Penerbit: Pustaka Ilmu Salaf | Berat: 596g | Muka Surat: 451m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.9cm (tinggi) x 14.6cm (lebar) x 2.3cm (tebal) | ISBN: 978-967-14431-9-4 |


Mengingat betapa pentingnya peranan tauhid dalam kehidupan manusia, maka mempelajarinya adalah suatu keutamaan agar kita menjadi Muslim yang benar-benar berpijak di atas bashirah (dalil penjelasan) dan berdasarkan aqidah yang sahih. Yakni sebagaimana yang dipegang dan dipraktikkan oleh para salaf Ash-Shalih (generasi awal yang soleh).

Di antara kitab yang dianjurkan oleh para ulama untuk dipelajari sebagai pegangan adalah sebuah kitab yang ditulis oleh Al-Imam Abu Ja’far Ath-Thahawi rahimahullah (Wafat: 321H), ulama abad ketiga di Mesir, yang kitab tersebut kemudian lebih dikenali dengan sebutan Al-‘Aqidah Ath-Thahawiyah. Kitab ini merupakan sejumlah bait-bait berupa taqrir (pengakuan) penulis yang menzahirkan kandungan aqidah salaf ahli sunnah wal-jama’ah.

Lalu kemudiannya, kitab ini pun mendapat sambutan dan diterima secara meluas oleh para ulama sejak ia disusun sampailah ke hari ini..., sehingga banyak di antara mereka (dari kalangan ahli ilmu) yang menuliskan syarah serta huraian penjelasan atas kitab tersebut. Mereka mengeluarkan dan memaparkan pelbagai manfaat, faedah dan mutiara-mutiara aqidah darinya. Sekaligus menjadi hujah atas golongan hari ini bagaimana hakikat sebenar aqidah dan pegangan para salaf (generasi awal).

Dan di antara mereka yang menyumbang dan berjasa dalam menuliskan syarah penjelasan untuk matan/teks aqidah ini adalah Al-‘Allamah Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H). Seorang tokoh ulama hadis abad ini.

Edisi syarah ini disusun dengan ringkas, mudah dan fokus, sehingga setiap orang dari kalangan penuntut ilmu, dan bahkan dari kalangan pemula pun akan mampu membaca dan memahaminya dengan baik, insyaAllah.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net