Judul: Ahkam Sulthaniyah, Sistem Pemerintahan Khilafah Islam | Judul Asal (‘Arab): Al-Ahkaam As-Sulthaniyyah | Penulis/Penyusun: Al-Imam Al-Mawardi rahimahullah (Wafat: 450H) | Tahqiq/Ta’liq: Penulis | Syarah: Penulis | Penterjemah: Khalifurrahman Fath dsan Fathurrahman | Penerbit: Qisthi Press | Berat: 779g | Muka Surat: 443m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.4cm (tinggi) x 16.2cm (lebar) x 2.6cm (tebal) | ISBN: 978-979-1303-72-9 |
Kitab Al-Ahkam As-Sulthaniyyah ini merupakan karya monumental Al-Imam Al-Mawardi yang diktakan ditulis atas permintaan Khalifah Al-Qa’im bi Amrillah (tahun 422H - 467H). Buku ini memuatkan hukum-hukum yang sangat diperlukan oleh para penguasa, khasnya khalifah, para menteri, dan barisan kakitangannya.
Selain sangat diperlukan oleh pemegang kuasa pemerintahan sebagai rujukan mereka dalam menjalankan tugas dan kewajiban, kitab ini juga menjadi rujukan masyarakat bagi memahami hak dan kewajiban para penguasa atas diri mereka. Dengan demikian, mereka memiliki pedoman untuk melakukan “check and balance” secara benar.
Buku ini terdiri dari dua puluh bab, serta membahaskan banyak perkara, seperti: aqad Imamah (kepimpinan), perlantikan Wizarat (pembantu khalifah), para menteri, perlantikan Imarah ‘ala Al-Bilad (pemimpin daerah/wilayah), pemilihan Imarah ‘ala al-Jihad (panglima perang), kehakiman, para imam masjid/solat, dan sebagainya. Termasuk juga di dalamnya perbahasan terkait penetapan Jizyah (cukai) dan Kharaj, hukum Ihya’ al-Mawat (menghidupkan tanah terbiar), pengagihan air, Hima dan Irfaq (perlindungan tanah dan kepemilikan umum), hukum-hukum pentadbiran, Ahkam al-Jara’im (isu-isu jenayah dan perundangan), dan Hisbah.
Menariknya, dalam buku ini Al-Mawardi sama sekali tidak terkesan dengan pelbagai teori-teori Socrates, Plato, Aristoteles atau falsafah Yunani. Walhal, pada zaman itu pemikiran mereka sudah banyak sekali diterjemahkan ke dalam bahasa ‘Arab dan menyebar ke dalam masyarakat Islam. Dalam penulisannya, jelas sekali beliau berpegang-teguh pada Al-Qur’an, As-Sunnah, ijma’ dan qiyas sebagaimana dalil yang lazim digunakan di kalangan mazhab Asy-Syafi’i. Selain itu, beliau juga menjelaskan pelbagai pandangan mazhab yang berkaitan dengan sistem pemerintahan Islam ini.
Lebih istimewa, penulis buku Al-Ahkam As-Sulthaniyyah ini sendiri adalah merupakan antara tokoh besar dan terbilang mujtahid dari kalangan tokoh-tokoh mazhab Asy-Syafi’i. Dan tulisan ini boleh dikatakan antara yang paling awal dalam membahaskan sistem kenegaraan di atas manhaj Islami dan kekhalifahan yang sebenar. Dengan itu, ia menjadi antara dokumentasi paling penting dan autentik dalam menjelaskan hakikat sistem pemerintahan Islam, khasnya di zaman kekhilafahan bani ‘Abbasiyyah.
Semoga bermanfaat.