Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Biografi dan Sirah 4 Khalifah Ar-Rasyidin (Abu Bakr, Umar, Utsman, dan Ali)

Biografi dan Sirah 4 Khalifah Ar-Rasyidin (Abu Bakr, Umar, Utsman, dan Ali)
Biografi dan Sirah 4 Khalifah Ar-Rasyidin (Abu Bakr, Umar, Utsman, dan Ali) Biografi dan Sirah 4 Khalifah Ar-Rasyidin (Abu Bakr, Umar, Utsman, dan Ali) Biografi dan Sirah 4 Khalifah Ar-Rasyidin (Abu Bakr, Umar, Utsman, dan Ali) Biografi dan Sirah 4 Khalifah Ar-Rasyidin (Abu Bakr, Umar, Utsman, dan Ali)
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16.8 x 13.8

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM310.00 RM304.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Biografi dan Sirah 4 Khalifah Ar-Rasyidin (Abu Bakr, Umar, Utsman, dan Ali) | Judul Asal: Abu Bakr Ash-Shiddiq, Umar, Utsman, wa Ali; Syahshiyatuhum wa Ashruhum | Penulis: Prof. Dr. Ali bin Muhammad Ash-Shalabi | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 4kg | Muka Surat: 700 m/s. per jilid (lengkap 4 Jilid, Hard cover) ISBN: 978-979-592-619-1 |


Sejarah era Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin penuh dengan pelajaran dan ‘ibrah, namun semuanya tersebar dan tersimpan secara berselerakan di pelbagai kitab, buku-buku hadis, manuskrip, sumber, dan rujukan-rujukan sejarah lainnya. Dari itu, adalah menjadi suatu keperluan bagi kita untuk melakukan telahan, catatan, pengumpulan, kompilasi, analisa, dan penyusunan secara sistematik agar mudah dijadikan sebagai rujukan, sebaran, dan sumber semakkan.

Kerana sejarah kekhilafahan jika dibentangkan dengan baik, maka ia akan menjadi sangat efektif dalam membekalkan kekuatan semangat dan motivasi terhadap jiwa-jiwa yang menekuninya, malah akan memberikan banyak sekali input pendidikan, teladan, contoh, pelajaran dan ilmu-ilmu bermanfaat. Dalam masa sama, mampu menjadi rujukan dan sumber pencerahan untuk pelbagai isu yang berlaku pada masa ini.

Sekaligus kita juga akan mengenal dengan lebih dekat dan erat tentang kehidupan generasi pilihan, iaitu generasi pertama umat Islam sebagaimana yang disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firman-Nya di Surah At-Taubah:

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka Syurga yang ada sungai-sungai mengalir. Mereka kekal abadi di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengkhabarkan:

“Sebaik-baik umatku adalah generasi yang aku diutus di tengah-tengah mereka.” (Shahih Muslim)

Kemudian, ada pula atsar dari sahabat Nabi sendiri iaitu ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Sesiapa di antara kamu mengikuti sunnah (bimbingan), maka  ikutilah jejak bimbingan orang yang telah wafat kerana orang yang masih hidup tidak terlepas dari fitnah. Mereka adalah para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka adalah orang yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, serta paling sedikit takallufnya (tidak merasa terbeban dengan syari’at). Mereka adalah kaum yang dipilih oleh Allah untuk berdampingan dengan Nabi-Nya dan menegakkan agama-Nya. Maka kenalilah kelebihan dan jasa-jasa mereka, ikutilah mereka, dan ambillah akhlak serta agama mereka kerana sesungguhnya mereka berada di atas landasan hidayah yang lurus.” (Ibnu ‘Abdil Bar, Jaami’ al-‘Ilm wa Fadhlihi, m/s. 368)

Para sahabat adalah orang-orang yang mempelajari langsung, mengaplikasikan, menerapkan, mengimplementasikan, dan mengajarkan serta menyebar-luaskan sunnah-sunnah Nabi-Nya dan agama Allah yang mulia ini. Sehingga tersebarlah agama ini ke penjuru Timur dan Barat dunia. Maka, zaman mereka adalah sebaik-baik zaman. Suatu zaman yang dipenuhi dengan ilmu, zaman diturunkannya Al-Qur’an, zaman kenabian, zaman yang dipenuhi dengan para ulama, zaman yang teguh keimanannya, dan merupakan sebuah zaman yang gemilang dengan cahaya kebenaran (tauhid).

Sejarah mereka adalah sebuah kekayaan harta berupa ilmu yang sentiasa dicari dan digali oleh orang-orang yang mendambakan keteladan terbaik, iaitu buat mereka yang mencari jalan yang lurus menuju Allah.

Dengan itu, melalui sejarah yang agung ini, para generasi penerus akan dapat menemukan apa yang mampu membantu mereka dalam melanjutkan perjalanan mereka mengharungi pelbagai tribulasi kehidupan di atas manhaj dan jalan yang benar, iaitu jalan petunjuk dan tuntunan yang lurus. Demi sebuah misi, tugasan, dan tujuan persinggahan mereka di dunia ini. Sebuah sumber telaga yang mampu menghilangkan dahaga kehidupan dan sebagai cahaya yang menerangi jalannya.

Musuh-musuh agama seumpama Yahudi, Nashrani, kalangan sekularisme, kumpulan Marzisme, kaum Rafidhah, dan yang seangkatan dengan pemikiran mereka ini memang memahami hakikat dan fungsi sejarah dalam membentuk jati diri seseorang atau sesuatu kaum. Maka mereka pun berusaha memanipulasi dan memesongkan banyak dari fakta-fakta sejarah sehingga menjadikan sebahagian dari generasi Islam hari ini ragu dan punya tanggapan negatif dalam sebahagian perkara agama mereka. Sehingga akhirnya sebahagian dari sejarah Islam dilihat seolah-olah sebuah sejarah yang buruk, ganas, kelam, dan gagal dilihat sisi keindahannya oleh sebahagian orang hasil kerja-kerja tangan kaum yang jahat dan hilangnya sikap kehati-hatian dalam mengambil fakta.

Maka dari sinilah, pentingnya kita mengambil dan menyediakan suatu susunan dan analisa yang sistematik sebagai rujukan yang baik khasnya untuk para penuntut ilmu dan golongan awam. Agar sejarah Islam dapat difahami oleh mereka secara murni dan jauh dari tanggapan yang negatif.

Seterusnya, dari sinilah pentingnya menyusun dan menulis sejarah Islam dengan jalan dan manhaj ahlus sunnah wal-jama’ah. Mengasingkan secara ilmiyah dan kritis antara riwayat-riwayat sejarah yang sahih, maqbul, dha’if, mahupun maudhu’ (palsu). Lalu seterusnya membentangkannya dalam bentuk yang segar dan mudah difahami.

Dan edisi ini menghimpunkan semua 4 buku merangkumi 4 orang sahabat Nabi paling utama dari kalangan Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin, yakni Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan ‘Ali radhiyallahu ‘anhum. Ianya dirangkum, disusun dan diteliti oleh pengkaji sirah dan biografi terkenal, yakni Dr. ‘Ali bin Muhammad Ash-Shallabi.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net