Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Prahara Padang Mahsyar

Prahara Padang Mahsyar
Prahara Padang Mahsyar Prahara Padang Mahsyar
Terbitan: Pustaka Dhiya'ul Ilmi
Product Code: Pustaka Dhiya'ul Ilmi
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.3 x 15.4 x 1.9

ISBN: 9786028013543
Availability: In Stock
Price: RM42.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Prahara Padang Mahsyar | Judul Asal (‘Arab): Ar-Riyadh An-Nadhirah fii Shahih Ad-Daaril Akhirah | Penulis/Penyusun: Dr. Ahmad Musthafa Mutawalli | Tahqiq/Ta’liq: Penulis | Syarah: Penulis | Penterjemah: Umar Mujtahid & Team Penerbit | Penerbit: Pustaka Dhia’ul Ilmi | Berat: 557g | Muka Surat: 402m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23.3cm (tinggi) x 15.4cm (lebar) x 1.9cm (tebal) | ISBN: 978-602-8013-54-3 |


Buku ini diterjemahan dari sebuah kitab tebal berjudul “Ar-Riyadh An-Nadhirah fii Shahih Ad-Daaril Akhirah”. Buku ini diterjemahkan menjadi 3 bahagian semuanya. Dan ini adalah bahagian ke-2 dari 3 bahagian kesemuanya. Bahagian kedua ini diberi judul “Prahara Padang Mahsyar” bersesuaian dengan kandungan dan fokus perbahasan di dalamnya.

Secara garis besarnya di bahagian kedua ini, penulis memulakan perbahasan dengan memaparkan dalil-dalil terkait kebangkitan semula manusia lalu dikumpulkan di Mahsyar. Di antara yang dibahaskan pada awal bahagian ini adalah bagaimana keadaan manusia ketika dikumpulkan, manusia pertama yang dibangkitkan, keadaan matahari yang sangat dekat, haiwan-haiwan turut dibangkitkan, keadaan mahsyar, dan banyaknya dalil-dalil yang mengingatkan manusia terhadap hari pertemuan dan perhimpunan yang besar ini.

Kemudian penulis membahaskan bagaimana bumi dan langit ditukar dengan bumi dan langit yang baru, matahari dan langit digulung, objek-objek langit berjatuhan, lautan mengeluarkan api, sehinggalah lembaran-lembaran amal pula dibuka. Setelah itu penulis menjelaskan pula terkait kedahsyatan gambaran keadaan manusia ketika di Mahsyar, ada yang sengsara dan ada pula yang dimudahkan, diikuti sebab-sebabnya. Setelah itu penulis jelaskan pula tentang Hisab (perhitungan amal), mizan (timbangan), Haudh (telaga), Shirath (titian), Syafa’at, dan seterusnya. Semua ini dibahaskan berdasarkan dalil-dalil Al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih, lalu diikuti dengan penjelasan dari kitab-kitab tafsir salaf dan juga kitab-kitab syarah hadis.

Semoga dengan hadirnya buku ini akan dapat menambahkan ilmu dan kefahaman kita terhadap hari yang bakal kita semua lalui dan tempuhi, yakni suatu hari yang sangat dahsyat dan menakutkan. Dengan membacanya dan menekuni dalil-dalil yang sahih di dalamnya, mudah-mudahan menjadikan iman kita bertambah dan menggugah kita dari kealpaan, seraya menjadikan kita lebih bersemangat untuk mempersiapkan diri-diri kita dengan bekal yang sebaik-baiknya untuk menempuh saat-saat tersebut.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net