Judul: Sejarah Daulah Utsmaniyah, Faktor-faktor Kebangkitan & Sebab-sebab Keruntuhannya | Judul Asal (‘Arab): Ad-Daulah Al-Islamiyyah ‘Awaamil An-Nuhudh wa Asbab As-Sukuth | Penulis/Penyusun: Dr. ‘Ali bin Muhammad Ash-Shallabi | Tahqiq/Ta’liq: Penulis | Syarah: Penulis | Penterjemah: Imam Fauzi dan team penerbit | Penerbit: Ummul Qura | Berat: 1.6kg | Muka Surat: 960m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24cm (tinggi) x 17cm (lebar) x 5cm (tebal) | ISBN: 978-602-6579-28-7 |
Daulah ‘Utsmaniyah (Ottoman Empire) merupakan pemerintahan terbesar dan antara yang terkuat dalam sejarah dunia Islam. Dengan wilayah kekuasaan yang membentang seluas sekitar 20 juta km persegi dan meliputi tiga benua, menjadikannya sangat disegani oleh bangsa-bangsa Eropah pada ketika itu.
Perjalanan sejarah Daulah ‘Utsmaniyah memiliki banyak sebab penting untuk dikaji. Di antaranya kerana daulah ini dianggap sebagai Khilafah Islamiyah yang terakhir dan terpanjang umur kekuasaannya. Daulah ‘Utsmaniyah juga telah melakukan tugas-tugas mulia yang dipersembahkan bagi umat ini, yang dikupas tuntas dalam buku ini. Buku ini juga membahaskan sisi kekurangan dan kelemahan yang dihadapi Khilafah ‘Utsmaniyah yang penting untuk dijadikan renungan dan pelajaran.
Kedua aspek (sama ada yang positif mahupun negatif) berjaya dihimpun dan dibahaskan dengan penuh epik oleh Dr. Ali Ash-Shallabi. Beliau adalah penulis buku-buku Sejarah Islam yang memiliki reputasi antarabangsa. Di sisi lain, penulis buku ini juga berjaya menepis dan meluruskan pelbagai persepsi negatif yang menyerang Turki ‘Utsmani. Pada akhirnya, isi buku ini penting untuk difahami faedah-faedahnya; sama ada pada kunci-kunci kejayaannya mahupun pada apa-apa yang menjadi faktor-faktor pemicu keruntuhan umat Islam.
Para peminat dan pengkaji sejarah-sejarah Islam seharusnya tidak akan melepaskan buku ini.
Semoga bermanfaat.