Judul: Anda Pun Bisa Hafal 30 Juz Al-Qur’an | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Al-Ustaz Zakariyal Anshari | Syarah/ta’liq: Penulis | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 350g | Muka Surat: 180m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23cm (tinggi) x 15cm (lebar) x 0.9cm (tebal) | ISBN: 978-602-6360-18-2 |
Tahukah anda bagaimana cara praktis dan mudah menghafal Al-Qur’an 30 juz, bahkan bagi anda yang memiliki kesibukan sekalipun, dengan pelbagai kegiatan dan aktiviti seharian?
Salah satu langkah atau tips agar menghafal Al-Qur’an menjadi ringan dan menyenangkan ialah menumbuhkan niat dan tekad untuk memulai menghafal Kitab Suci ini.
Yakinlah bahawa menghafal Al-Qur’an itu pada dasarnya adalah mudah, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjamin hal tersebut. Dan bahkan ia tidak mengenal usia, baik muda ataupun tua, semua mampu menghafal Al-Qur’an. Percayalah, kita pun mampu asalkan ada tekad dan semangat yang kuat diiringi dengan metode yang betul.
Setelah dapat menumbuhkan niat ingin menghafal Al-Qur’an, langkah-langkah berikutnya insya Allah menjadi lebih ringan, dan tahap kejayaannya bergantung dari ketekunan anda.
Berdasarkan pengalaman peribadi, penulis berusaha menjelaskan langkah demi langkah bagaimana untuk memulai dan melestarikan usaha-usaha menghafal Al-Qur’an. Untuk lebih jelas dan mendapatkan bimbingan lengkap, mari sama-sama kita baca, telusuri dan amalkan tunjuk-ajar yang terdapat di buku ini.
Semoga bermanfaat.