Judul: Penjelasan Matan Aqidah Thahawiyah, Akidah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah | Judul Asal (‘Arab): At-Ta’liqaat Al-Mukhtasharatu ‘ala Matni Al-‘Aqidatith Thahawiyyah | Penulis/Penyusun: Al-Imam Abu Ja’far Ath-Thahawi rahimahullah (Wafat: 321H) | Syarah/ta’liq: Asy-Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafizhahullah | Tahqiq/Takhrij: Asy-Syaikh Al-Fauzan | Penterjemah: ‘Abdurrahman Nuryaman | Penerbit: Darul Haq | Berat: 521g | Muka Surat: 338m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23.9cm (tinggi) x 15.9cm (lebar) x 1.6cm (tebal) | ISBN: 978-979-1286-07-7 |
Mengingat betapa pentingnya peranan tauhid dalam kehidupan manusia, maka mempelajarinya adalah suatu keutamaan agar kita menjadi Muslim yang benar-benar berpijak di atas bashirah (penjelasan) dan berdasarkan aqidah yang sahih. Di antara kitab yang dianjurkan oleh para ulama untuk dipelajari sebagai pegangan adalah sebuah kitab yang ditulis oleh Al-Imam Abu Ja’far Ath-Thahawi rahimahullah (Wafat: 321H), ulama abad ketiga di Mesir, yang kitab tersebut kemudian lebih dikenali dengan sebutan Al-‘Aqidah Ath-Thahawiyah.
Kitab ini diterima secara meluas oleh para ulama, sehingga banyak di antara mereka yang menulis syarah atau huraian penjelasan atas kitab tersebut. Meskipun perlu diketahui, bahawa ada di antara kitab-kitab syarah tersebut yang justru merosak dan memutarbalikkan kebenaran yang ada di dalamnya, sehingga syarah mereka masih terus perlu diteliti-ulang dan diluruskan kerana bertentangan dengan aqidah yang dimaksudkan oleh Al-Imam Abu Ja’far Ath-Thahawi. Ini adalah kerana ada di antara mereka yang mensyarahkan kitab Ath-Thahawiyah ini dengan ideologi yang sesat lagi menyimpang.
Sebaliknya, di antara kitab-kitab syarah yang lurus lagi bersih adalah kitab yang ada di tangan anda ini, yang judul aslinya adalah: At-Ta’liqat Al-Mukhtasharah ‘Ala Matni Al-‘Aqidah Ath-Thahawiyah. Kitab ini memiliki keunggulan yang patut dihayati oleh setiap Muslim yang ingin mempelajari dasar-dasar aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah berdasarkan Manhaj As-Salaf Ash-Sholeh.
Asy-Syaikh Dr. Sholeh bin ‘Abdullah bin Fauzan Al-Fauzan hafizhahullah, beliau menempuh methode yang sederhana dan mudah dicerna oleh setiap peringkat masyarakat, tanpa mengurangi nilai ilmiyah yang memang dimuatkan oleh dasar-dasar masalah yang dikandung oleh manuskrip aslinya.
Keunggulan lainnya yang sebenar turut dapat dilihat melalui cacatan yang beliau berikan terhadap poin-poin dari matan Ath-Thahawiyah yang dianggap oleh sebahagian ulama lainnya sebagai sukar difahami dan ditafsirkan dengan tafsiran yang kurang tepat. Ertinya, kekurangan dan masalah-masalah yang mengandungi kritikan dalam matan aslinya diluruskan dengan baik oleh Asy-Syaikh Al-Fauzan, ianya diberikan pencerahan, dan dilengkapi pula dengan catatan-catatan ilmiyah dan dalil-dalil penjelas. Sekaligus menunjukkan bahawa beliau memang seorang ulama yang memiliki kapasiti untuk mensyarah kitab seumpama Al-‘Aqidah Ath-Thahawiyah.
Sisi lain yang juga menambah kekuatan kitab ini adalah setiap hadis dan atsar yang dijadikan dalil oleh Syaikh telah ditakhrij dari rujukan-rujukan yang sahih. Setiap catatan syarah dan huraiannya pula tampak cemerlang diungkapkan dengan gaya pembentangan yang mudah dan ringkas, namun sarat dengan faedah bermanfaat dan tuntas, seraya langsung dapat dicerna walaupun oleh kalangan awam sekalipun.
Dari itu, semoga kita termasuk dari kalangan orang yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti yang terbaik darinya.