Judul: Hadits Arba’in An-Nawawi dengan Intisari Syarah Syaikh Al-‘Utsaimin | Judul Asal (‘Arab): Matn Al-Arba’in An-Nawawiyyah + Ad-Durrah As-Salafiyyah Syarh Al-Arba’in An-Nawawiyyah | Penulis/Penyusun: Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) | Tahqiq/Ta’liq: Sayyid bin Ibrahim Al-Huwaithi | Syarah: Intisari Syarah Syaikh Al-‘Utsaimin | Penterjemah: Ahmad Syaikhu | Penerbit: Darul Haq | Berat: 200g | Muka Surat: 164m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 17.3cm (tinggi) x 12.2cm (lebar) x 0.7cm (tebal) | ISBN: 978-979-1254-68-7 |
Kitab hadits Arba’in An-Nawawiyyah merupakan kitab yang menghimpunkan hadis-hadis penting yang merupakan Jawami’ al-Kalim (singkat tapi padat maknanya). Kitab ini berukuran kecil dan sangat tidak asing di tengah-tengah kaum Muslimin, bahkan banyak dihafal oleh para penuntut ilmu di pelbagai penjuru dunia. Dari hal tersebut walaupun kitab ini kecil, walaupun hanya memuatkan sekitar 42 hadis, namun ianya amat sarat dengan nilai-nilai dasar Syari’at Islam yang sangat penting, padanya terkandung intisari ajaran Islam secara global.
Buku ini diterjemahkan dengan metode; memuatkan matan hadis Al-Arba’in An-Nawawiyyah diikuti terjemahannya, kemudian dipaparkan pula intisari dan faedah-faedah penting kandungan hadis berdasarkan syarah Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin, yang disajikan dengan bahasa yang padat dan jelas, ringkas dan praktis, yang menjadikan buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh setiap kalangan, baik tua mahupun muda, kalangan terpelajar mahupun masyarakat awam dan pemula.
Buku ini adalah rujukan primer bagi kaum Muslimin, bahkan patut dimasyarakatkan agar sentiasa dibaca dan dihafal oleh anak-anak muda kaum muslimin.
Semoga bermanfaat.