Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Manhaj Salafi Imam Syafi'i

Manhaj Salafi Imam Syafi'i
Manhaj Salafi Imam Syafi'i Manhaj Salafi Imam Syafi'i
Terbitan: Pustaka Al Furqon
Product Code: Pustaka Al-Furqon
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20 x 14 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM24.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Manhaj Salafi Imam Syafi'i | Penulis: Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar As-Sidawi | Penerbit: Pustaka al-Furqon | Berat: 0.25kg | Muka Surat: 172m/s (Soft cover) |


Selama perjalanan hidup kita beragama di Nusantara ini, kita tidak dapat lekang dari menyebut nama Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H). Bahkan kita umumnya menyandarkan mazhab agama kita dan methodologi ilmu agama kita kepada nama besar besar beliau, Imam asy-Syafi'i rahimahullah.
 
Namun sejauh manakah kita telah mengenali beliau? Siapa beliau? Betapa luasnya ilmu beliau? Siapa para guru-guru dan murid-murid beliau? Apa manhaj beliau dalam membawa agama Islam ini?
 
Kemudian apakah di antara wasiat-wasiat beliau dalam megambil agama ini, apa wasiat beliau dalam hal aqidah, hal fiqh, hal ilmu hadis, dan hal-hal dalam mengambil fatwa-fatwa beliau? InsyaAllah semua ini dibentangkan melalui buku ini.
 
Kenalilah beliau yang merupakan salah seorang tokoh salaf (ulama generasi awal) dalam kalangan ahli sunnah yang murni aqidahnya, murni pendiriannya, dan murni wawasan pemikirannya. Seorang pembela sunnah, pembawa manhaj salaf, pembela tauhid, penentang golongan taksub dan fanatik, memerangi ahli bid'ah, dan tokoh penyatuan serta pembaharu di zamannya.
 
Namun sayang, tidak ramai yang mengenali beliau dengan benar melainkan hanya sekadar nama dan cakap-cakap angin. Malah ada yang lantang dan berani mengatakan aku beragama Islam dengan mengambil fiqh imam asy-Syafi'i, aqidah al-Asy'ari, manakala tasaufnya imam al-Ghazali!
 
Nah! Apakah imam asy-Syafi'i tidak layak diambil mazhabnya dalam aqidah? Kenapa hanya fiqh? Walhal beliaulah tokoh pejuang aqidah dan manhaj beragama yang begitu gah pada zamannya.
 
Maka oleh itu, penulis buku ini pun berusaha menghimpunkan bukti-bukti perjuangan dan manhaj imam asy-Syafi'i dalam pelbagai prinsip-prinsip beragama yang utama lagi prioriti. Yang amat jarang-jarang diketahui dan diambil tahu pengaku pengikut imam asy-Syafi'i. Walhal, perkara tersebut amat penting dalam kita meletakkan manhaj beragama ini.
 
Buku ini menjelaskan manhaj Imam asy-Syafi'i dalam beraqidah, sikap beliau dalam perjuangan menegakkan manhaj salaf, sikap tegas beliau dalam berpegang terhadap hadis-hadis nabi, methodologi yang benar dalam memahami hadis, sikap beliau terhadap keutamaan tauhid dan membanteras syirik, membela sunnah dan memerangi bid'ah, sikap beliau terhadap taklid membuta tuli, sikap beliau terhadap perpaduan dan perpecahan, sikap beliau terhadap ilmu, dan turut disertakan adalah gambaran akhlak peribadi beliau dari sumber-sumber yang akurat.
 
Maka, marilah kita kenali seorang tokoh ulama agung dalam mazhab kita di Nusantara ini, mazhab dalam Aqidah, Fiqh, Hadis, Akhlak, dan pelbagai cabang agama lainnya lagi. Agar ia menjadi motivasi dan inspirasi buat kita dalam memahami dan menjalankan agama seharian.

Semak cara membuat belian dan pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net