Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Hilal Atau Hisab?

Hilal Atau Hisab?
Terbitan: Buana Ilmu Islami
Product Code: BUI
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.5 x 14.4 x 1

ISBN: 9786029606921
Availability: In Stock
Price: RM21.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Hilal Atau Hisab? | Judul Asal (‘Arab): Risalah Fi Al-Hilal wa Al-Hisab Al-falaki | Penulis/Penyusun: Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) | Tahqiq/Takhrij: Ibrahim Bin ‘Abdullah Al-Hazami | Penterjemah: Abu Abdillah | Penerbit: Buana Ilmu Islami | Berat: 231g | Muka Surat: 194 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.5 cm (tinggi) x 14.4 cm (lebar) x 1.0 cm (tebal) | ISBN:  978-602-9606-92-1 |


Para ulama telah menulis banyak makalah tentang penetapan Hilal (bulan sabit yang muncul sebagai tanda pertukaran antara bulan bulan) dalam kitab-kitab Tafsir, Hadits dan Fiqih, semuanya sepakat bahawa untuk menetapkan telah masuknya bulan yang baru adalah memadai dengan rukyah (melihat dengan mata kasar), sebagaimana yang disebutkan dalam konteks syari’at.

Namun sebagaimana yang telah lazim, tatkala ada kebenaran pasti ada lawannya yang berupa kebatilan, ketika ada sunnah akan ada pula bid’ah, dan ketika telah ada metode penetapan awal bulan yang selari dengan sunnah, lalu muncul pula metode baru yang dikenal dengan metode Hisab (pengiraan dan perhitungan secara saintifik).

Para ulama terdahulu dan sekarang banyak menulis tentang bantahan terhadap golongan semisal ini, dan bantahan yang paling baik, dan paling lengkap sama ada dari sudut konteks dan hikmah, serta paling kuat dalam membantah mereka adalah bantahan yang telah disusun oleh Syaikh Al-Islam Ahmad bin ‘Abdul Halim bin ‘Abdussalam Ibnu Taimiyyah Al-Harrani rahimahullah!

Turut tercakup dalam perbahasan ini adalah himpunan dalil dan hadis-hadis terkait melihat hilal sebagai tanda masuknya bulan yang baru, penjelasan sekitar bentuk bumi (datar atau sfera), bumi berputar atau pegun, kedudukan objek-objek langit, hakikat ‘Arsy Allah, perhitungan bulan dan tahun dalam Islam, bantahan atas syubhat yang membolehkan hisab dalam menentukan masuknya bulan yang baru, serta pelbagai lagi faedah yang dapat diraih di sela-sela perbahasan buku ini, baik ilmu fiqh, hadis, aqidah mahupun falak.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net