Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ar-Ruh, Alam Roh

Ar-Ruh, Alam Roh
Terbitan: Insan Kamil
Product Code: PIK
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 17.5 x 2.6

ISBN: 9789791296953
Availability: In Stock
Price: RM54.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ar-Ruh, Alam Roh | Judul Asal (‘Arab): Ar-Ruuh | Penulis/Penyusun: Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) | Tahqiq/Takhrij: Syaikh Kamil ‘Uwaidah | Penterjemah: Khalid Abdullah, Nur Rahman, Mukhlas | Penerbit: Penerbit Insan Kamil | Berat: 701g | Muka Surat: 508m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.6 cm (tinggi) x 17.5cm (lebar) x 2.6 cm (tebal) | ISBN:  978-979-1296-95-3


Sesiapa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan petunjuk maka dia telah mendapat petunjuk dan siapa yang disesatkan maka tiada yang dapat memberinya petunjuk.

Buku Ar-Ruh ini merupakan karya Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H). Di dalamnya beliau membahaskan hukum-hukum dan ciri-ciri ruh, membincangkan pelbagai pertanyaan dan persoalan serta mengemukakan pelbagai pendapat dalam setiap persoalan tersebut.

Kemudian beliau mengemukakan pendapatnya untuk mentarjih (menetapkan atau menguatkan sesuatu pendapat), atau menghukum lemah sesuatu pendapat bersandarkan manhaj salafnya yang terkenal dalam mengemukakan dalil-dalil daripada Al-Qur’an mahupun As-Sunnah.

Allah telah memberikan taufiq-Nya kepada kami (pentahqiq) untuk meneliti kembali pelbagai persoalan, mentakhrij hujah-hujahnya serta menjelaskan perkara-perkara yang masih samar supaya dapat mempersembahkannya kepada para pembaca di seluruh dunia Islam dalam format yang terbaik.

Dalam satu hadis, ‘Umar bin Al-Khaththab bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Wahai Rasulullah, mengapa engkau bercakap dengan manusia yang telah menjadi bangkai?” Baginda menjawab, “Demi Zat yang mengutusku dengan kebenaran, mereka lebih mampu mendengar apa yang aku katakan berbanding kamu tetapi mereka tidak mampu menjawab.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3981)

Demikianlah salah sebuah hadis yang menjelaskan kekhususan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan insyaAllah ianya antara yang diperbahaskan dalam buku ini oleh penulis, diikuti penjelasan pentahqiq pada bahagian nota kaki.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net