Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Panduan Lengkap Nikah Dari A Sampai Z

Panduan Lengkap Nikah Dari A Sampai Z
Panduan Lengkap Nikah Dari A Sampai Z Panduan Lengkap Nikah Dari A Sampai Z
Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir
Product Code: Pustaka Ibnu Katsir (11(4))/(3(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 17 x 3

ISBN: 9793956054
Availability: In Stock
Price: RM70.00 RM60.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Panduan Lengkap Nikah Dari A Sampai Z | Judul: Abu Hafsh Usamah bin Kamal bin ‘Abdir Razzaq | Takhrij hadis: Penulis | Penerbit: Pustaka Ibnu Katsir | Berat: 1.1kg | Muka Surat: 481m/s. (Hard cover)


Ramai yang mengatakan terbeban dengan kos perkahwinan pada hari ini, ianya berat menurut mereka. Namun bila ditelusuri secara benar..., perkahwinan itu mudah, yang berat adalah tanggungjawab dalam memeliharanya dengan bimbingan agama.

Islam tidak pernah menuntut kos pernikahan atau perkahwinan sehingga melampaui batas kewajaran, bahkan Islam memerintahkan agar mempermudahkan pernikahan. Adapun yang banyak memberatkan pernikahan pada hari ini kebanyakannya berpunca dari keterikatan terhadap adat dan budaya sebahagian masyarakat itu sendiri, bukannya agama. Lebih menyedihkan, mereka berbelanja besar untuk sebuah perkahwinan, namun bila ditimbang dari sisi agama, ianya hanya berupa suatu yang sia-sia, pembaziran harta bukan pada tempatnya, dan bahkan memberi beban dosa dan maksiat, na'udzubillaah...

Maka... Kepada yang berhasrat mendirikan rumahtangga, dirikanlah ia dengan jalan agama, laksanakanya ia dengan ilmu yang benar, dengan bimbingan dan pedoman dari As-Sunnah. Ada baiknya bagi setiap pasangan yang ingin berkahwin, melakukan ulangkaji dan membuat beberapa bacaan sebagai bekal. Ulangkaji dan bacaan yang dimaksudkan adalah dengan menyemak betul-betul sunnah-sunnah pernikahan, adab-adabnya, anjurannya, dan pedoman wahyu dalam melaksanakannya. Bagaimana pernikahan yang benar-benar dianjurkan sunnah, dan bagaimana pula bimbingan perkahwinan yang benar. Agar dengan bimbingan sunnah tersebut, pernikahan dan alam rumahtangga yang dibina akan membuahkan bahagia, keberkahan, dan rahmat Allah sehingga ke Syurga-Nya. Bukannya bebanan dan tekanan.

Di antara rujukan dan bahan bacaan yang dapat kami cadangkan adalah buku ini. Penyusun membentangkan sunnah-sunnah perkahwinan bermula dari anjuran memilih pasangan yang tepat, adab melamar atau meminang, adab menikah, adab walimah (kenduri kahwin), adab malam pertama, sehinggalah adab serta tanggungjawab hidup sebagai sepasang suami isteri.

Buku ini juga turut membahaskan aspek halal haram beberapa adat istiadat perkahwinan yang banyak diamalkan di beberapa negara Islam yang pada hakikatnya amat bertentangan dengan fitrah Islam itu sendiri. Ini antaranya seperti adat persandingan, adat upacara sarung cincin, adat berdandan agar ditonton orang ramai, dan beberapa lagi lainnya.

Termasuk perkara yang dibahaskan oleh penulis adalah adab pergaulan suami isteri, hal-ehwal poligami, tanggungjawab nafkah, dan jenis-jenis perkahwinan yang diharamkan agama.

Buku ini amat istimewa kerana setiap perbahasan yang diketengahkan oleh penulis adalah berpandukan dalil-dalil Al-Qur’an, hadis-hadis yang sahih, fatwa-fatwa para ulama salaf, dan juga berpandukan fatwa-fatwa para ulama ahli sunnah silam dan kontemporari.

Oleh itu, manfaatkanlah kehadiran buku ini sebagai bekalan istimewa membina alam perkahwinan penuh barakah di bawah bimbangan wahyu. Sama ada untuk anda, untuk sahabat anda, ataupun sebagai hadiah istimewa untuk pasangan berkahwin lainnya.

Abadikanlah saat-saat bahagia anda dan pasangan dengan pedoman wahyu; yang berbuah pahala dan keberkahan.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net