Judul: Syarah Nawaqidhul Islam, Mengenal dan Menjauhi 10 Perusak dan Pembatal Keislaman | Judul Asal (‘Arab): Syarh Nawaqidhil Islam | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab rahimahullah | Tahqiq/Takhrij/Syarah: Asy-Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan | Penterjemah: Hasan Barakuan | Penerbit: Akbar Media | Berat: 448g | Muka Surat: 275m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.1cm (tinggi) x 16cm (lebar) x 2.3cm (tebal) | ISBN: 978-602-9215-51-9 |
Kaum muslimin secara umumnya pasti akan berusaha untuk tetap memastikan agar solatnya sah dan tidak batal, zakatnya ditunaikan dengan betul, puasanya sempurna dan hajinya pula tidak rosak. Akan tetapi banyak juga di antara mereka yang tidak memerhatikan keabsahan aqidahnya, adakah telah murni dan benar atau belum? Walhal kemurniaan aqidah adalah syarat paling penting diterimanya amalan!
Mereka beranggapan kalau sudah menunaikan solat, membayar zakat, berpuasa, dan pergi haji bererti sudah berada pada titik kesempurnaan dalam beragama.
Mereka tidak ambil penting dan bahkan tidak peduli keimanan mereka sah atau tidak, sempurna atau tidak, dan adakah mungkin boleh terbatal? Dan mereka merasa seakan tidak bersalah tatkala tauhid dicemari dengan syirik, kekufuran, bid’ah, khurafat dan tahayul. Walhal ini jauh lebih bahaya dari urusan batalnya solat, puasa, zakat, dan haji! Namun kenapa mereka tidak endahkan? Di antara sebabnya adalah kerana ketidak-tahuan dan jauhnya dari ilmu-ilmu yang benar tentang aqidah, tentang sah batalnya keimanan, dan tentang tauhid dan hakikat syirik.
Semoga buku ini dapat menjadi salah satu bahan rujukan dan semakkan tentang sah dan batalnya keimanan, selain penjelasan tentang bentuk-bentuk syirik. Kerana batalnya keimanan boleh terjadi dalam sedar atau di luar sedar, sama ada dengan ucapan, i’tiqad, mahupun perbuatan..., dan hal yang menjadikan kita memahami hal ini adalah dengan ilmu, jika tanpa ilmu takut-takutlah kalau seandainya kita terjerumus dalam hal-hal yang merosak dan membatalkan keimanan kita, seraya menjadikan seluruh amal-amal soleh kita tidak lagi bermanfaat kerana telah tercampuri dengan hal-hal yang syirik yang mengeluarkan kita dari wilayah keimanan yang sempurna.. Na’udzubillaah...
Sama-sama kita semak dan fahami melalui buku ini.