Judul: Pendidikan Fikih Ibadah Untuk Madrasah Ibtidaiyah Kelas 1 hingga 6 | Judul Asal (‘Arab): Disusun berdasarkan Silibus/Kurikulum Pengajian Sekolah Kerajaan ‘Arab Saudi | Penulis/Penyusun: Ustaz Abu ‘Umar Ibrahim, ‘Abdul Mu’thi, dan team penerbit At-Tuqa | Tahqiq/Takhrij/Syarah: Penyusun | Penterjemah: Team Penyusun | Penerbit: At-Tuqa | Berat: 848g | Muka Surat: 6 Jilid lengkap (Soft cover) | Ukuran buku: 28cm (tinggi) x 18.6cm (lebar) x 3.1cm (tebal) | ISBN: 978-979-19735-0-2 |
Buku ini disusun sebagai buku teks Pendidikan Fikih Ibadah untuk madrasah Ibtidaiyah atau sekolah rendah. Buku ini dapat digunakan oleh para pelajar sebagai buku asas/dasar pegangan dalam pengajian/pelajaran feqah/fiqh (Ibadah, Nikah, Mu’amalah, Jihad dan Jinayat). Bagi para guru, pendidik, dan ibu/bapa, dengan menggunakan buku ini, tentu akan mempermudah proses pengajaran dan mendidik anak-anak baik di sekolah mahupun di rumah.
Keistimewaan buku ini:
1, Disusun berdasarkan kurikulum standard ibtidaiyyah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan dan Pengajaran Kerajaan Arab Saudi (Cetakan terbaru bagi tahun 1431H/2010M).
2, Kandungan yang disampaikan bersesuaian dengan fiqh mazhab Asy-Syafi’i dan Hanbali.
3, Membimbing para pelajar dan anak-anak agar menjadi seorang muslim yang memiliki ilmu tentang hukum-hukum dan adab-adab dalam syari’at yang terkait dengan ibadah yang merupakan rukun Islam, sehingga mereka mampu untuk melaksanakan ibadah kepada Allah di atas landasan ilmu dan dalil, agar kelak mereka mampu berjalan di atas jalan yang membawa kebahagian di dunia dan akhirat.
4, Penjilidan buku disesuaikan berdasarkan peringkat pengajian, dari peringkat rendah ke peringkat yang lebih tinggi secara bertahap, yakni tahap 1 hinhgga 6.
5, Silibus ini disusun oleh sekumpulan pakar pendidikan dari negara Saudi yang dikenal sebagai negara yang ramai ulamanya dan terjaga pula metode pendidikannya.
6, Dilengkapi dengan pelbagai bentuk latihan dan aktiviti pelajar sebagai bahan ujian potensi pelajar.
7, Dikemas dalam bentuk yang bersesuaian dengan perkembangan mental para pelajar dan anak-anak, insyaAllah.
Semoga bermanfaat.