Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Akidah Golongan Selamat oleh Asy-Syaikh Hafiz Al-Hakami

Akidah Golongan Selamat oleh Asy-Syaikh Hafiz Al-Hakami
Akidah Golongan Selamat oleh Asy-Syaikh Hafiz Al-Hakami
Product Code: Pustaka Imam Bonjol
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.9 x 15.4 x 1.9

ISBN: 9786027052888
Availability: In Stock
Price: RM48.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Akidah Golongan Selamat | Judul Asal (‘Arab): I’laamus Sunnah Al-Mansyuurah li I’tiqaad Ath-Tho’ifah An-Naajiyah Al-Manshuurah | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Hafiz bin Ahmad Al-Hakami rahimahullah | Tahqiq/Takhrij: Asy-Syaikh Ahmad bin ‘Ali Al-Madkhali | Penterjemah: Al-Ustaz Amin Ulwi | Penerbit: Pustaka Imam Bonjol | Berat: 558g | Muka Surat: 366m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23.9cm (tinggi) x 15.4cm (lebar) x 1.9cm (tebal) | ISBN:  978-602-70528-8-8 |


Perpecahan umat semakin melebar dari masa ke masa, konflik dengan alasan agama sama ada secara vertikal maupun horizontal semakin tajam, pertembungan ideologi juga sulit dihindarkan, perselisihan semakin zahir, dan masing-masing bangga dengan ideologi masing-masing. Menghina, mencela, menghujat, melecehkan dan mengutuk bahkan saling mengkafirkan menjadi antara uslub dakwahnya.

Demikian itu antaranya disebabkan oleh hawa nafsu yang mendominasi dan wahyu tidak lagi menjadi pedoman, syubhat pula menguasai fikiran dan syahwat menghiasai tindakan. Akhirnya permasalahan furu’iyah berhujung pada pertikaian yang membuat para tokoh agama sukar untuk berteman, apatah lagi untuk menyatukan persepsi agar masyarakat awam tidak terus bingung dilambung badai perpecahan.

Makin hari jurang perpecahan makin curam, jalan menuju persatuan tampak rumit, mencari titik temu hampir mustahil, bahkan membentuk ikatan persaudaraan dan solidariti juga tampak seakan mustahil.

Mengapakah hal ini berlaku? Apa puncanya? Dan bagaimana untuk kita mengatasinya?

Tidak dapat dinafikan, hal tersebut berpangkal pada dasar pegangan aqidah dan manhajnya! Pada lubuk iman dan kadar kejernihan qalbunya. Jika hati kita tidak diisi dengan ilmu dan keimanan yang sahih, pasti pelbagai masalah dan badai akan menerpa, seraya membuahkan pelbagai konflik dan pergolakan.

Maka, buku ini merupakan solusi bagi permasalahan tersebut. Buku ini disusun oleh Asy-Syaikh Hafiz bin Ahmad Al-Hakami rahimahullah (Wafat: 1377H). Ianya menjelaskan dasar-dasar penting dan besar aqidah ahli sunnah wal jama’ah yang sebenar, yakni aqidah Ath-Tho’ifah An-Naajiyah Al-Manshurah (Aqidah kelompok yang menang dan mendapat pertolongan Allah). Sebuah kitab yang dianjurkan oleh para ulama agar ditela’ah, sebuah kitab yang sangat bermanfaat, mudah, dan sangat penting untuk dikuasai oleh setiap kalangan awam dan penuntut ilmu. Agar para pembaca mendapat gambaran sebenar tentang hakikat aqidah ahli sunnah wal-jama’ah, seraya terbuka dan tersingkap sebahagian dari masalah yang membelenggu jiwa.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net