Judul: Demonstrasi; Maksiat Bukan Jihad | Penulis: Ustaz Abu Farouq Rasul B. Dahri | Penerbit: Ummul Qura | Berat: 0.15kg | Muka Surat: 144m/s.
Buku kecil ini diberi judul Demonstrasi, Maksiat Bukan Jihad! Telah diulang-cetak beberapa kali dan tersebar di tengah-tengah masyarakat Islam khususnya di negara Malaysia. Buku ini berusaha membantu masyarakat memahami hukum mengadakan demonstrasi (tunjuk perasaan) menurut landasan syara' seiring dengan berkobarnya emosi masyarakat hari ini kerana sering diprovokasi oleh pihak-pihak tertentu supaya bangun memprotes apa sahaja yang tidak menepati citarasa mereka.
Walaupun tulisan ini agak ringkas, tetapi goresan pena yang dipahatkan ke dalamnya telah memadai bagi menjadi sebuah bahan bacaan berupa nasihat dan panduan ilmiah kepada mereka yang inginkan kebenaran dalam melakukan sesuatu tindakan yang berkaitan atau melibatkan persoalan agama Islam. Setiap perbuatan yang diatas-namakan agama perlulah ditegakkan dengan hujjah yang syar'i lagi ilmiah dari sumber-sumbernya yang benar. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.