Judul: Jalan Selamat Dalam Memahami Sifat-Sifat Allah, Syariat, dan Takdir | Judul Asal (‘Arab): Taqrib At-Tadmuriyah | Penulis/Penyusun: Syaikh Muhammad Bin Shalih Al-Utsaimin | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Izzudin Karimi | Penerbit: Darul Haq | Berat: 270g | Muka Surat: 238m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.9 cm (tinggi) x 14.4 cm (lebar) x 1.2 cm (tebal) | ISBN: 978-602-6845-28-3 |
Ada begitu banyak golongan yang terjatuh dalam kesalahan terkait masalah Tauhid Asma’ dan Sifat, bahkan termasuk di antaranya adalah mereka yang menyatakan diri sebagai Ahlus Sunnah wal Jama’ah, tetapi ternyata justeru menyimpang dari manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Salah satu manhaj untuk mengkaji masalah seperti ini, ketika ada sejumlah pihak yang mendakwa diri paling benar, adalah dengan membandingkan dan menimbangnya -dalam rangka menguji siapa yang haq- berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan berlandaskan pemahaman As-Salaf Ash-Shalih (generasi awal dan terbaik umat Islam).
Inilah yang dibahaskan dalam buku ini, iaitu dengan menjelaskan manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang haq terlebih dahulu, berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah, yang diletakkan dalam kerangka dan kaedah-kaedah pemahaman yang benar, sehingga setiap permasalahan pun akan dapat diperjelaskan secara ilmiah sekaligus dapat dirungkai dengan teratur dan rapi.
Kerana itu, dengan buku ini, kita pun akan mampu menilai pelbagai permasalahan akidah yang terkait dengan tiga masalah asas yang dipaparkan di dalamnya, yakni (berkaitan):
– Tauhid Asma’ dan Sifat.
– Syari’at.
– dan Taqdir.
Inilah salah satu buku terbaik yang memperjelaskan ketiga-tiga bab di atas, dalam methode yang sederhana, jelas dan tersusun, sehingga menjadi sangat berkesan memperbaiki apa yang salah dan keliru pada diri kita terkait dengannya, juga menjadi timbangan bagi banyak perselisihan yang terjadi di antara Ahlus Sunnah wal Jama’ah dengan orang-orang dan golongan-golongan yang tidak sejalan dengannya namun mendakwa mengikuti Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
Semoga bermanfaat.