Judul: Dedah Fahaman Syiah | Judul Asal (‘Arab): Asy-Syi’ah wa At-Tash-hih Ash-Shiraa’ baina Asy-Syi’ah wa At-Tasyayyu’ | Penulis/Penyusun: Dr. Musa Al-Musawi | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Udah bin Mohsin, Mohd. Zawawi bin Abdullah, Mudasir bin Rosdar, dan Team JAKIM | Penerbit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) | Berat: 370g | Muka Surat: 198m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 22.9 cm (tinggi) x 15.2 cm (lebar) x 1.4 cm (tebal) | ISBN: 978-983-0421-01-8 |
Dalam keadaan dan suasana yang penuh kontroversi di antara puak Syi’ah dan puak Sunnah yang berpanjangan beberapa abad lamanya, saya hidup dengan penuh kepahitan. Saya sedar dan terus berfikir hendak mencari jalan untuk memperbetulkan sesetengah kepercayaan dan amalan puak Syiah, khasnya perkara-perkara yang menimbulkan kontroversi dengan puak Sunnah, iaitu perkara yang sebenarnya bertentangan dengan roh Islam dan akal fikiran yang waras.
Saya sentiasa berdoa kepada Allah, siang dan malam, agar Allah mengurniakan ilmu pengetahuan, kekuatan dan taufiq kepada saya agar dapat menulis sebuah buku membetulkan apa yang tidak betul dalam fahaman dan amalan puak Syi’ah yang saya alami selama ini. Akhirnya doa saya yang murni itu, dapatlah saya keluarkan buku ini yang ditujukan kepada semua pengikut Syi’ah di mana sahaja mereka berada.
Ini adalah seruan untuk menyedarkan para pengikut Syiah agar dapat bangun dari tidur yang berterusan selama seribu dua ratus tahun. Ini adalah seruan akal dan iman kepada para pengikut Syiah supaya mereka menghapuskan sikap taksub kepada mazhab dan fahaman yang membawa kepada kemunduran dalam pemikiran, kemasyarakatan dan pegangan agama.
Ini adalah dorongan dari kepercayaan dan kewajipan saya untuk menyampaikan kepada berjuta-juta orang pengikut Syiah, dengan penuh harapan, agar mereka dapat membaca buku ini.