Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kisah-Kisah Nyata, Meninggalkan yang haram Kerana Allah

Kisah-Kisah Nyata, Meninggalkan yang haram Kerana Allah
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 17.4 x 12.5 x 0.8

ISBN: 9789799137180
Availability: In Stock
Price: RM11.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kisah-Kisah Nyata, Meninggalkan yang haram Kerana Allah, Mendapatkan yang lebih Baik | Judul Asal (‘Arab): Man Taraka Syai’an Lillahi Awwadhahullah Khairan Minhu | Penulis/Penyusun: Ibrahim Bin ‘Abdullah Al-Hazimi | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Ainul Haris Arifin dan Muhammad Rasyid Bahbazi | Penerbit: Darul Haq | Berat: 149g | Muka Surat: 166 m/s (Soft cover) | Ukuran buku: 17.4 cm (tinggi) x 12.5 cm (lebar) x 0.8 cm (tebal) | ISBN:  978-979-9137-18-0 |


Adalah merupakan sunnatullah bahawa siapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka Allah akan menggantikan untuknya dengan sesuatu yang jauh lebih baik.

Sebagaimana dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّكَ لَنْ تَدَعَ شَيْئًا لِلَّهِ إِلَّا بَدَّلَكَ اللهُ بِهِ مَا هُوَ خَيْرٌ لَكَ مِنْهُ

“Sesungguhnya tidaklah engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah, melainkan Allah akan gantikan untukmu dengan apa yang lebih baik bagimu darinya.” (Musnad Ahmad, no. 23074)

Dan kisah-kisah yang termuat dalam buku ini merupakan bukti nyata atas semua itu.

Buku ini berisi sekitar 34 kisah yang sangat menyentuh hati, kisah tentang orang-orang yang merasakan keagungan, kebesaran, dan kemuliaan Allah Subhanahu wa Ta’ala, merasa takut kepada Allah dan adzab-Nya, menyedari akan datangnya hari di mana mereka akan menghadap kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, hari di mana harta dan anak-anak tiada gunanya lagi.

Di dalamnya terkandung kisah tentang mereka yang meninggalkan hawa nafsu dan kenikmatan dunia mereka dengan penuh kerelaan, demi menggapai keredhaan Rabb mereka.

Di antara kelebihan buku ini:

Pertama, kisah-kisah yang tercantum di dalamnya adalah kisah-kisah nyata, dan bukan fiksyen (rekaan), yang diambil dari kisah orang-orang pilihan dari pelbagai zaman, sama ada para Nabi, sahabat, tabi’in, dan orang-orang setelah mereka, hingga zaman kita sekarang ini; sehingga dapat diteladani dan diaplikasikan ke dalam kehidupan nyata.

Kedua, jalur periwayatan kisah-kisah dalam buku ini berasal dari jalur yang terpercaya, sehingga para pembaca tidak perlu ragu akan keabsahannya. Kisah-kisah dalam buku ini adalah petua dan dorongan agar kita mudah meninggalkan hal-hal yang dilarang Allah Subhanahu wa Ta’ala, seraya mendahulukan keredhaan-Nya berbanding hawa nafsu dan kenikmatan duniawi yang semu dan fana.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net