Judul: Majalah As-Sunnah Edisi Shafar 1438 (November 2016) | Penyusun: Team Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta | Penerbit: Yayasan Lajnah Istiqomah | Berat: 190g | Ukuran: (27.6x20.5x0.35)cm | Muka Surat: 79 m/s. (soft cover)
Majalah As-Sunnah adalah majalah dakwah Islamiyyah Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang diterbitkan oleh Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta sejak tahun 1992 yang insya Allaah terbit setiap bulan.
Mengusung motto “Upaya Menghidupkan Sunnah”, team majalah menyeru para pembaca untuk sentiasa mendasari amal ibadah dengan semata-mata ikhlas kerana Allah Ta’ala dan mengikuti petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersesuaian dengan pemahaman para Salafush Shalih. Sejalan dengan hal tersebut team majalah As-Sunnah sentiasa mengajak pembaca untuk menyedari bahaya bid’ah dan firqah-firqah yang menyimpang (aliran sesat) yang semakin hari semakin menyebar dan berleluasa di tengah masyarakat.
Secara garis besar, dakwah melalui majalah As-Sunnah ini meliputi:
1, Ajakan kepada kaum Muslimin untuk kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah yang shahih dengan pemahaman Salafush Shalih.
2, Tashfiyah, yaitu memurnikan ajaran Islam dari segala noda syirik, bid’ah, khurafat, serta gerakan-gerakan dan pemikiran-pemikiran yang merusak ajaran Islam.
3, Tarbiyah (mendidik), kaum muslimin berdasarkan ajaran Islam yang murni.
4, Menghidupkan pola pikir ilmiah berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah dengan pemahaman Salafush Shalih.
5, Mengajak kaum Muslimin untuk hidup Islami, sesuai dengan manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
Antara Topik-topik Edisi Shafar 1438 (November 2016)
1, Doa Agar Dapat Melunaskan Hutang.
2, Kolum Tanya/Jawab (antaranya);
Hukum memanjangkan kuku?
Ketika sedang solat sunnah, tiba-tiba iqamah dikumandangkan?
Bolehkah menerima hadiah dari jiran yang tidak solat?
Bagaimana bermu’amalah dengan orang yang memiliki hati yang hasad?
Nasihat untuk gadis yang belum menikah, sedang usia terus meningkat.
3, Kolum Tafsir; Manusia dan kemegahan (Tafsir Surah At-Takatsur).
4, Kolum Hadits; Manusia yang sangat tamak dan rakus terhadap harta dan jawatan.
5, Kolum Hadis Lemah dan Palsu; Hadis Palsu tentang keutamaan mencium kening ibu.
6, Perbahasan Utama; Bagaimana agar mudah meraih harta.
7, Perbahasan Utama; Agar benar dalam memanfaatkan harta.
8, Kolum Al-Aqidah Al-Islamiyyah; Allah mencintai orang yang beriman.
9, Kolum Al-Manhaj; Perusak Ukhuwah Keimanan!
10, Kolum Al-Kaba’ir; Tidak membersihkan diri dari air kencing.
11, Kolum Al-Fiqh Al-Islami; Masbuq dalam Solat ‘Id (hari raya).
12, Kolum Sirah Nabawiyah; Datangnya para utusan dari pelbagai penjuru wilayah ‘Arab.
13, Kisah Al-Qur’an; Kisah Qabil & Habil.
14, Kolum Baituna; Orang Jahiliyyah pun tidak suka berdusta.
15, Kolum Uswah Nabi; Rasulullah Mengiringi Jenazah.
16, Kolum Fadhoil; Keutamaan Mengucapkan salam.
17, Kolum Tarbiyatul Aulad; Hak-hak yang wajib dipenuhi.
18, Fikih Usroh; Nafkah keluarga adalah tanggungjawab suami.
19, Kolum Syakhshiyah; Sa’id bin Zaid Al-‘Adawi radhiyallahu ‘anhu.
20, Percuma Teks Khuthbah Juma’at; Awas, Bahaya Menghina Agama.
Semoga bermanfaat.