Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fikih Kesehatan, 500 Fatwa Seputar Kedokteran & Pengobatan Islami

Fikih Kesehatan, 500 Fatwa Seputar Kedokteran & Pengobatan Islami
Terbitan: Aqwam
Product Code: Aqwam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16.5 x 3.6

ISBN: 9789795927136
Availability: Out Of Stock
Price: RM56.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fikih Kesehatan, 500 Fatwa Seputar Kedokteran & Pengobatan Islami | Judul Asal (‘Arab): Aktsar min 500 Sual fi Ath-Thib wa At-Tadawiy | Penulis/Penyusun: Muhammad Samih Umar | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: M. Faqih Fatwa | Penerbit: Aqwan | Berat: 901g | Muka Surat: 620 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 23.6cm (tinggi) x 15.7 cm (lebar) x 3.2cm (tebal) | ISBN: 978-979-0393-74-5 |


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Maka bertanyalah kepada ahli dzikr (mereka yang memiliki pengetahuan) jika kalian tidak mengetahui.” (Surah An-Nahl, 16: 43)

Melalui pertanyaan, seringkali suatu permasalahan akan tampak lebih jelas dan mudah difahami, sebuah kekusutan mampu dirungkai. Sebab, memang bertanya itu sendiri merupakan cara untuk mempelajari ilmu yang bermanfaat. Bukankah Allah Ta’ala telah menyatakan hal tersebut?

Dan bahkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

فَإِنَّمَا شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالُ

“Kerana ubat ketidak-tahuan itu adalah dengan bertanya (pada ahlinya).” (Sunan Abi Dawud, no. 336)

Buku ini berisi lebih dari 451 tanya jawab dan fatwa-fatwa para ulama besar yang akan membantu para pembaca memahami permasalah berkaitan dengan urusan perubatan dan kesihatan dari kaca-mata agama. Secara garis besarnya, himpunan fatwa-fatwa di dalamnya membantu dan membimbing para pembaca untuk memahami tentang bagaimana sikap seorang muslim tatkala berhadapan dengan masalah kesihatan, perubatan, musibah, cara rawatan tertentu, hukum-hakam fiqh perubatan, insurans, pemeriksaan kesihatan, hukum pengambilan ubat tertentu, perubatan kenabian, pelbagai jenis pembedahan dan hukumnya, dan banyak lagi yang lainya. Di samping kesehatan fizikal, buku ini juga membahaskan penyakit non-fizik, seperti penyakit hasad, ghibah, marah (panas-baran), dan sebagainya.

Secara umumnya, kandungan buku ini terbahagi menjadi empat kategori besar sebagaimana berikut:

1, Sabar dalam menghadapi ujian,

Hikmah di balik musibah,

Yang paling berat ujiannya,

Keutamaan sabar,

Makna doa dapat menolak takdir,

Amalan ketika sakit,

Bolehkah orang mandul berdoa dengan doa Nabi Zakariyya?

Hukum bertaubat bagi orang yang mendapati sakit yang tidak kunjung sembuh.

Hukum menyembunyikan penyakit,

Makna berubat dengan sedekah,

Adab menjenguk orang sakit,

Makna menjaga kesihatan dan hukumnya.

Hukum insurans kesihatan,

Peyakit berjangkit,

Memandang orang yang terkena penyakit kusta,

Kesan dadah,

Syarat-syarat taubat,

Kewajiban negara terhadap orang cacat,

Doa-doa,

Perbahasa tentang ujian keperawanan,

Hukum mencari isteri bebas penyakit,

Hukum menyembunyikan kemandulan,

Faedah pernikahan dari sudut kesihatan,

Perbahasan tentang bayi tabung uji,

Hukum menggugurkan janin,

Hukum pembuangan rahim kerana penyakit,

Hukum masturbasi,

Hukum dan anjuran berubat,

Hukum meninggalkan ubat-ubatan dan beralih kepada bacaan Al-Qur’an,

Perubatan herba,

Hukum perubatan yang mengandungi lemak haiwan,

Hukum dan perbahasan tentang alkohol (dalam perubatan, makanan, dan wudhu’),

Hukum ubat penenang dan ubat tidur,

Berubat dengan ruqyah, bekam, dan kay.

Hukum berubat dengan najis haiwan,

Hukum vaksinasi,

Hukum pil pencegah kehamilan,

Alat menghentikan darah haidh atau nifas,

Hukum memberikan ubat tanpa bimbingan dokter,

Hukum berubat dengan sesuatu yang diharamkan,

Hukum berubat dengan susu keldai,

Hukum mandi darah,

Berubat dengan talbinah, kayu hind, air zam-zam, bekam, dan al-fashd,

Beza antara berbekam dan derma darah,

Cara Nabi berubat dari racun,

Hukum pembedahan kecantikan,

Hukum membesarkan payudara,

Hukum derma darah untuk non-muslim, dan banyak lagi lainnya.

2, Hukum-hakam fikih bagi orang sakit (penyakit fizikal, bentuk-bentuknya, dan fiqh perubatan),

Perbahasan thaharah, wudhu’, mandi, dan solat orang sakit,

Hukum jama’ dua solat bagi orang sakit,

Hukum solat bagi orang lumpuh,

Perbahasan puasa bagi orang sakit,

Hukum-hakam haji bagi orang sakit,

Hukum seorang perawat wanita bersama dokter lelaki dalam suatu ruangan,

Hukum dokter menjama’ dua solat,

Hukum berbohong kepada pesakit untuk suatu kemaslahatan,

Hukum mengambil darah pesakit untuk latihan perubatan,

Nasihat para ulama buat para dokter, dan banyak lagi yang lainnya.

3, Penyakit psikis (masalah kejiwaan, emosi, sihir, gila) dan terapinya,

Banyak sub-tema bagi bab ini.

4, Penyakit-penyakit hati, terapinya, dan nasihat-nasihat berharga dari para ulama.

Banyak sub-tema bagi bab ini.

Pada buku ini menghimpun sekian banyak fatwa-fatwa terkait perbahasan di atas oleh para ulama besar dan berautoriti. Di antara fatwa-fatwa tersebut adalah dari:

1, Al-Lujnah Ad-Daa’imah ‘Arab Saudi (Majlis para ulama besar yang diketuai dianggotai oleh Asy-Syaikh Ibn Baz rahimahullah, Asy-Syaikh ‘Abdurrozzaq ‘Afifi, Asy-Syaikh Soleh bin Fauzan Al-Fauzan, Asy-Syaikh Bakr bin ‘Abdillah Abu Zayd, Asy-Syaikh Ibn Jibrin, dan lain-lain)

2, Asy-Syaikh ‘Abdullah bin Jibrin rahimahullah.

3, Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah.

4, Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah.

5, Asy-Syaikh ‘Abdul Karim Al-Khudhair hafidzahullah,

6, dan yang lainnya.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net